Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka melangkah ke hadapan dengan melancarkan projek berimpak tinggi di Kampus Alor Gajah iaitu projek Wakaf Dusun Ilmu (WaDI). Menurut Rektor UiTM Cawangan Melaka, Prof. Dr. Abd. Halim Mohd. Noor, projek Wakaf Dusun ilmu itu dilihat sebagai satu idea untuk merealisasikan persekitaran yang bertemakan pembangunan teknologi-hijau. Katanya, projek itu adalah integrasi dusun buah-buahan dengan elemen rekreasi seperti trek joging, trek berbasikal, kolam, trek aktiviti lasak (Palape),…