Santau? Berdosa! - Utusan Malaysia

Santau? Berdosa!

Pasangan popular Aeril dan Wawa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PANAS juga ya industri seni minggu ini. Ada kisah curang, ada kisah kembali ke pangkuan isteri, ada yang lari tak mahu jenguk mak ayah, eh pendek kata macam-macam warnalah ya.

Tak cukup dengan itu, timbul pula cerita pelakon Aeril Zafril, isterinya, Wawa Zainal dan penyanyi, Caprice hampir menjadi mangsa santau atau ilmu hitam daripada individu misteri.

Ini mesti kerana hasad dengki dan dendam tertentu mungkin. Jangan pandang ringan ya bab ilmu sihir ini. Kita rasa macam kita tak pernah ada salah dengan orang, tak aniaya orang.

Tapi di pihak orang lain kita tidak tahu bukan? Kot ada yang terasa atau sakit hati tanpa disedari. Memang menakutkan. Orang yang buat begitu macam tak takut Tuhan dan azab api neraka ke ya? Hairan juga.

Namun mujurlah apa yang berlaku pada artis yang terlibat itu tidak melarat dan dengan izin Tuhan, berjaya dileraikan.

Bukan apa, ada sesetengah kes, sampai makan diri. Orang yang pernah terkena pasti tahu bagaimana peritnya.

Cumanya, nak sentuh jugalah, tak sangka dalam zaman moden dan masuk abad 21 pun masih ada guna cara ini untuk melempiaskan ketidakpuasan hati, cemburu tak tentu hala, pendek kata memang ada masalah hatilah.

Semoga kita semua dijauhkan daripada anasir-anasir jahat seperti ini. Minta Allah SWT lindungi kita daripada semua mara bahaya. Amin. – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×