
SUSAH kalau kita hendak menangkan seseorang andai dia acap kali ulang kesilapan sama. Macam mana pun cuba disorok, akhirnya orang akan tahu juga kan. Buang masa sahaja back up!
Kisahnya, ada kawan Poklip mendakwa, pelakon wanita seorang ini sebenarnya tidak pernah berhenti mengambil bahan terlarang. Ibarat kata-katanya mahu berhenti itu sekadar lakonan semata.
Poklip bukan nak cakap lah, tapi kalau sudah namanya pelakon, pelakon jugalah ya di alam realiti. Propa sahaja! Dulu siap menangis konon mahu berhenti tetapi tup tup ada yang dakwa masih meneruskan aktiviti terlarang itu.
Sebenarnya Poklip cukup kasihan dengan pelakon wanita ini. Dia kerap dicemuh dan dihina kerana ‘kegilaannya’. Tetapi kita tak boleh salahkan warganet. Kadang-kadang dia yang undang cemuhan itu sendiri.
Bukan sekali dua orang beri peluang, namun dia masih menolak kepercayaan dan amanah yang diberi. Sebab itu mungkin namanya sendu sahaja walaupun dia seorang pelakon yang cukup berbakat.
Sayang sekali sebenarnya. Orangnya cantik, berbakat namun ada sahaja cerita yang kurang enak singgah di telinga Poklip. Harapnya itu sekadar khabar angin yang hadir menyinggah sebentar.










