Operasi komersil Loji Kuasa Kitar Tergabung bermula hari ini - Utusan Malaysia

Operasi komersil Loji Kuasa Kitar Tergabung bermula hari ini

Operasi Loji Kuasa Kitar Tergabung 9HA.02 Pasir Gudang, Johor dilancarkan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Operasi Loji Kuasa Kitar Tergabung 9HA.02 oleh General Electric (GE) bermula hari ini.

Loji yang pertama seumpamanya beroperasi secara komersial bermula di Loji Kuasa Trek 4A milik Southern Power Generation (SPG), yang merupakan loji kuasa gas kitar tergabung 1,440 megawatt di Pasir Gudang, Johor.

Pengerusi SPG, Datuk Nor Azman Mufti berkata pihaknya berbangga dengan kerja keras dan kecekapan GE mencapai permulaan operasi komersil meskipun ketika pandemik COVID-19 melanda.

“Kami mempunyai hubungan bersama GE sejak sekian lama dan mempercayai teknologi HA mereka akan membantu kami memenuhi permintaan kuasa yang semakin meningkat di samping menyumbang kepada keperluan keselamatan tenaga jangka panjang di negara ini, “ katanya dalam satu kenyataan sempena majlis pelancaran loji kitarar berkenaan secara maya hari ini.

Loji berkenaan turut dibina dengan kerjasama CTCI Corporation.

Ia terdiri daripada dua blok penjana yang mana setiap satunya dilengkapi turbin gas berprestasi tinggi, sebuah turbin stim, sebuah penjana dan sebuah Penjana Wap Pengembalian Haba.

Terdahulu, satu perjanjian bertempoh 21 tahun telah menetapkan GE untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian digital bagi meningkatkan kebolehlihatan, kebolehpercayaan, dan ketersediaan loji Trek 4A .

Tujuannya bagi menghasilkan tenaga elektrik mencukupi untuk keperluan tenaga kira-kira tiga juta kediaman rakyat Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN