Life Petal pilih Malaysia - Utusan Malaysia

Life Petal pilih Malaysia

Kumpulan Life Petal mempertaruhkan muzik simfonik rockestra dalam single terbaharu 'Pilu'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pandemik yang melanda dunia sedikit sebanyak memberi kesan kepada industri nyanyian. Bukan sahaja di Malaysia, hal ini turut dirasai kumpulan muzik dari Singapura, Life Petal.

Dianggotai tujuh anak muda berbakat, Life Petal yang ditubuhkan sejak enam tahun lalu memberitahu, walaupun perancangan untuk memperkenalkan muzik mereka di Malaysia terganggu namun ia tidak mematahkan semangat mereka untuk terus mempersiapkan diri.

Malah menurut ketua kumpulan ini, Luqman yang juga pemain bass, dia yakin keterbukaan peminat di Malaysia akan memberi ruang untuk mereka berkongsi karya.

“Asalnya kami sekadar mahu merakamkan lagu untuk puaskan hati sahaja. Tetapi ada yang menasihatkan kami untuk cuba promosikan muzik Life Petal di radio dan akhbar Singapura dulu.

“Kemudian, dari situlah tercetusnya idea untuk cuba memasarkan lagu-lagu kami di luar Singapura. Kebetulan saya sedang menuntut di sebuah universiti di Malaysia, maka mudah jugalah untuk saya buat promosi di sini,” katanya. 

Sudah mempunyai enam buah single, terkini  Life Petal muncul dengan lagu baharu berjudul Pilu. Berkongsi serba sedikit mengenai lagu ini, kata Luqman ada kelainan yang mahu dibawakan mereka.

“Band Life Petal ada pelbagai konsep dan elemen sebenarnya. Kalau untuk single Pilu, muzik simfonik rockestra menjadi taruhan kami. Pilu merupakan kesinambungan single sulung berjudul Permataku

“Lagu Pilu ini tidak fokus kepada satu kisah di sebalik penceritaan. Terpulang pada pendengar untuk kaitkan dengan situasi apa yang dirasakan sesuai. 

“Kalau menurut pemahaman kami lagu ini ia berkaitan tentang kekecewaan dan percanggahan dua pendapat yang berbeza. Alhamdullilah, single Pilu dilancarkan pada awal tahun ini dan setakat ini kami menerima komen positif daripada peminat,” katanya.

Selain Luqman kumpulan ini juga turut dikuatkan dengan enam anggota lain, Zax Ramli (penyanyi utama), Farah (penyanyi kedua), Yusuf (gitar pertama), Iskandar Jeff (gitar kedua), Lee (drum) dan Hadi (bass).

Mengakui bukan mudah untuk mencapai persetujuan dalam sebuah kumpulan, jelasnya sama seperti kumpulan muzik yang lain mereka turut berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Sepanjang enam tahun penubuhan Life Petal, kami akui terpaksa berdepan dengan keluar dan masuk anggota kami.  Mungkin kami ramai, tetapi sebenarnya masing-masing ada kepentingan dalam menggerakkan band Life Petal.

“Kami sentiasa akan duduk berbincang di meja bulat, dari situ kita akan berkongsi idea dan capai kata sepakat.

“Kami mahu elakkan ada rasa tidak puas hati dan salah faham di kemudian hari, jadi cara penyelesaiannya adalah dengan kerap berkomunikasi bersama ahli kumpulan,” jelasnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.