Prestige Medispa X Seri
5 pembaca paling banyak like dan share artikel ini di facebook Utusan Online dan Prestige Medispa berpeluang menerima hadiah bernilaiRM500 berupa rundingan percuma, produk KAWSA dan rawatan seri wajah.
Jelapang wajah indah tidak mustahil direalisasikan asalkan ada usaha ke arah itu. Selain mengekalkan gaya hidup sihat, rawatan dan urutan wajah, mampu mengaktifkan otot untuk bekerja dengan lebih sempurna.
Gusar memikirkan lokasi sesuai merawat wajah? Prestige Medispa mungkin lokasi boleh anda kunjungi yang menawarkan harga berpatutan.
Pengarahnya, Dr. Kauthar Ismail berkata, pusat rawatan kecantikan itu memiliki objektif sebagai pusat rujukan kecantikan berprestij.

Katanya, ia sesuai dengan misi syarikat dalam menyediakan perkhidmatan profesional dan berdedikasi tinggi serta rawatan selamat dan efektif.
“Kami mahu memberikan khidmat nasihat terbaik kepada pelanggan sama ada sebelum, semasa dan selepas rawatan wajah. Secara peribadi, saya mahukan pusat ini mesra pelanggan dan mudah dikunjungi,” katanya.
Pusat berkenaan mula dibuka tiga tahun lalu dan beroperasi dengan 20 tenaga kerja di tiga cawangan iaitu Gombak, Ampang dan Johor Bahru.
Antara khidmat yang ditawarkan ialah kecantikan wajah termasuk rawatan wajah dan rawatan muka gred perubatan tanpa cucuk menggunakan produk antarabanga, seperti IS Clinical.
Produk Bumiputera ini turut melakar sejarah apabila pada usia dua tahun tetapi berjaya memperoleh Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2019.
Spa untuk lelaki dan wanita itu turut menawarkan perkhidmatan membuang bulu secara kekal menggunakan mesin Alma Beauty. Peralatan itu terbukti keberkesanannya pada peringkat global menghilangkan bulu roma secara kekal sama ada wajah atau anggota tubuh lain.
Untuk membuang toksik dalam tubuh badan dan kelangsingan, bilik sauna SweatSpa tersedia di cawangan Johor.
Dr. Kauthar adalah doktor perubatan memiliki lapan tahun pengalaman berkhidmat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan Hospital Selayang, sebelum membabitkan diri sebagai doktor estetika.
“Saya memberi fokus kepada perubatan anti-penuaan dan baru sahaja menamatkan program Sarjana Kedoktoran dalam bidang berkenaan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau kini turut muncul sebagai pengasas produk menangani jeragat, KAWSA SKINCARE.
“Rangkaian produk ini memberi fokus kepada masalah jeragat dan berfungsi sebagai pencerah kulit. Ia selamat dari bahan-bahan kimia berbahaya,” katanya.
TANYA CANTIK
Ada kemusykilan tentang kecantikan? Tanya dan Prestige Medisapa akan menjawabnya.Setiap kiriman soalan berpeluang memenangi rangkaian KAWSA bernilai RM200. Emelkan soalan ke TANYA CANTIK BERSAMA PRESTIGE MEDISPAdi [email protected]











