Qipao 2021 tampil inspirasi floral - Utusan Malaysia

Qipao 2021 tampil inspirasi floral

KHOON HOI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QIPAO atau Cheongsam sinonim dengan masyarakat Cina. Busana berkenaan sangat popular digayakan setiap kali tibanya sambutan Tahun Baharu Cina. Namun, keunikan busana itu diolah mengikut peredaran zaman. Menurut Kalendar Lunar Cina, Tahun 2021 merupakan Tahun Lembu.

Jika mengikut zodiak, lembu dikaitkan dengan sifat tenang, sopan, tegas pada masa yang sama gagah dan kuat. Bagi tradisi Timur pula, lembu dikaitkan dengan aktiviti pertanian bagi petani pada musim bunga.

Menjelang Tahun Baharu Cina pereka fesyen tempatan, Khoon Hooi menampilkan 14 rekaan yang mengambil inspirasi musim bunga atau Spring Floral bagi memperkenalkan koleksi yang lebih versatil, kontemporari dan penampilan berbeza daripada kebiasaan kepada si pemakai.

Koleksi pakaian Qipao juga mengambil ilham daripada kombinasi gaya moden dan tradisional. Penggunaan fabrik berbeza dalam setiap helaian rekaannya, mengetengahkan perician mistik sebagai membawa tuah kepada pemakainya.

Antara mencuri pandang, Qipao memperincikan bunga peony pada helaian brokat. Ia lebih berseri dengan perhiasan tradisional Cina bagi Tahun Lembu.

Hui
Hui menonjolkan bunga peony putih yang ditenun pada brokat merah hati. Potongan bulat ba yang membawa maksud lapan dalam bahasa Mandarin di bahagian depan Qipao Hui dengan tali yang dijahit dengan ‘jade’.

Ching (Hijau)
Gaun Mandarin Elegan berkolar A-line atau lebih tinggi menutup separuh leher dan berlengan tiga suku. Ia juga menampilkan bunga peony putih yang ditenun pada brokat berwarna hijau. Butang rama-rama melengkapi gaya kewanitaan.

Juan dan Yan (Kuning dan pink fushia)
Juan dengan rona kuning terang berlengan loceng pleated diilhamkan dengan gaun brokat sheer blister dan contrast lining. Potongan kolar tinggi ini diserikan dengan butang jed serta potongan hadapan bentuk pipa.

Yan berwarna fuchsia pink atau merah jambu terang juga berlengan loceng. Qipao Yan lebih pendek berbanding Juan. Kolar diserikan dengan brokat jenis jacquard dan mempunyai butang hiasan.

Qipao
• Turut dikenali sebagai Cheongsam dalam bahasa Kantonis, adalah pakaian Cina sehelai yang berasal dari China yang diperintah Manchu pada abad ke-17.

• Ceongsam atau Qipao mengalami transformasi ketara dalam soal pemilihan rona, material, bentuk potongan dan terutama kolar bajunya.

• Rekaan Ceongsam menunjukkan ciri keindahan budaya masyarakat Cina manakala Qipao kini sesuai dipakai ke pejabat, majlis atau musim perayaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN