Seorang tokoh pemikir Islam yang banyak memberi pandangan yang kritis terhadap pemikiran ialah Sheikh Muhammad al-Ghazali. Beliau dilahirkan pada 9 Mac 1917 di daerah Buhairah, Mesir. Al-Quran dalam kamus kehidupannya amat rapat. Menghafaznya pada usia kanak-kanak dan selalu membacanya sama ada di rumah atau dalam perjalanan. Kebiasaannya beliau khatam hafazan al-Quran dalam solat sebelum melelapkan mata ketika bersendirian. Beliau pernah berkata: “Aku pernah khatam al-Quran ketika dalam penjara dan sesungguhnya…










