
RAMAI sebenarnya bertanya tentang spekulasi satu ini. Yalah, yang kita bincangkan pun bukan calang-calang nama. Memang kalau sebut, tipu tak kenal. Memang popular satu Malaysia. Merata-rata ada muka dia.
Cuma kita tak mahu cakap tentang pelakon popular seorang ini, tetapi ibunya. Dengar cerita, ibu pelakon ini tidak begitu berkenan dengan pilihan anaknya untuk dijadikan bakal suami. Bukan tak restu tetapi ada ‘isu’ antara mereka
Sebelum ini, ibu pelakon itu dikatakan cukup suka dengan bakal menantunya. Tak habis-habis meluahkan rasa syukur apabila anaknya memilih jejaka tersebut sebagai menantu. Memang menantu pilihan lah.
Tetapi baru-baru ini, dengar cerita ibu pelakon itu sudah berhenti mengikuti akaun Instagram bakal menantunya. Entah sebab apa, Poklip tak tahu. Mungkin ada masalah daripada pihak Instagram sendiri.
Sebagai seorang ibu kepada artis popular, pastinya dia tahu setiap tindak tanduk akan diperhatikan. Jadi isu unfollow dalam media sosial pun akan menjadi perdebatan ramai. Lagi-lagi apabila sebelum ini ibu pelakon itu cukup berkenan dengan jejaka itu.
Tetapi dengar cerita bukan ibu pelakon itu sahaja yang berhenti mengikuti akaun jejaka tersebut tau. Rupa-rupanya ada yang mendakwa, adik-beradik dan ahli keluarga rapat juga mengikuti jejak langkah ibu pelakon tersebut.
Poklip sendiri tidak tahu apa sebab mereka berbuat demikian. Yalah, setakat unfollow dalam Instagram bukan ada apa sangat. Tak payah lah nak sentap sangat. Itu hanya duniawi! Apa-apa pun kita doa yang terbaik untuk pasangan tersebut. – MINGGUAN MALAYSIA










