Aneka sajian pemanis mulut dari Elevete Patisserie - Utusan Malaysia

Aneka sajian pemanis mulut dari Elevete Patisserie

KEK keju digemari ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HIDANGAN pemanis mulut sedap dan menyelerakan menjadi pilihan untuk dihidangkan pada musim perayaan ini.

Menu dipanggil sebagai kepala hidangan ini tidak saja perlu cantik tetapi sedap.

Sempena musim perayaan Hari Natal bakal menjelma tidak lama lagi, Elevete Patisserie menawarkan pelbagai pilihan pemanis mulut istimewa.

Semestinya ia akan menambahkan seri dan menceriakan hari.

BROWNIES

Hadir dengan lima variasi kek istimewa, jenama tempatan ini, menawarkan kek hiasan bertemakan sesuai bagi semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa.

Salah satunya ialah Elevete Patisserie Christmas Stacked Brownies. Sarat dengan hiasan buah-buahan segar. Ia disusun bertingkat bagaikan pokok krismas dengan simbahan coklat putih.

Tidak ketinggalan kek keju digemari ramai. Kek mini ini sudah semestinya menjadi pilihan tua muda.

Bagi yang kurang makan manis atau mahukan sajian kecil sahaja, barangkali ini pilihan sesuai.

Ia dipotong kecil dengan hiasan buah strawberi beserta krim pada bahagian atasnya. Seolah-olah bentuk topi, sesuai namanya, Santa’s Little Hats.

Selain itu, tradisi perayaan krismas tetap tidak dilupakan. Elevete Patisserie Grandma’s Fruitcake diperbuat daripada buah-buahan campuran yang direndam dalam jus oren, walnut, kayu manis dan fondant brulee.

KARAMEL
Bagi peminat karamel banyak pilihan tersedia. Antaranya Elevete Patisserie Christmas Log, kek coklat karamel garam dengan krim coklat frosting berbentuk kayu ini comel sekali.

Pelanggan turut boleh mencuba perisa unik seperti Elevete Patisserie Christmas Wreaths, disertakan 15 keping Macaron ceri dan blueberry berperisa Rose Lychee, Salted Popcorn dan Red Velvet.

Sungguhpun pandemik memberi kekangan untuk berkunjung ke rumah rakan ia bukan halangan untuk berkumpul secara dalam talian. Anda tidak akan kehilangan satu momen perkongsian penuh dengan tawa dan perbualan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN