Black hadiah 'Sabar' buat duda - Utusan Malaysia

Black hadiah ‘Sabar’ buat duda

SABAR buah tangan terbaharu Black.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERKATAAN duda mungkin tidak sepopular janda. Ternyata apa yang dilalui golongan ini juga sering kali dianggap remeh pada sebahagian masyarakat kerana membawa kekuatan ego seorang lelaki.

Namun menyingkap kisah-kisah kehidupan yang dilalui tidak dinafikan ada kepayahan yang turut mewarnai kehidupan insan bernama duda.

Menyelami isi hati golongan ini melalui muzik video lagu Sabar. Penyanyi Black mahu pendengar juga tahu, tiada yang mudah untuk seorang lelaki dalam memilih cinta selepas bergelar bapa tunggal.

“Muzik video ini mengisahkan lelaki duda yang ada anak. Dia kemudiannya nak bercinta dengan seorang wanita. Malangnya, wanita itu hanya mahu menerima dirinya tapi tidak anaknya.

“Di depan lelaki itu, wanita itu berpura-pura menyukai anaknya tetapi di belakang bersikap sebaliknya. Sehingga akhirnya, lelaki itu dikecewakan tapi diubati dengan sokongan kasih sayang daripada anaknya.

“Kisah sebegini memang berlaku dalam masyarakat kita. Jadi, saya ingin paparkan yang mana tidak salah seorang duda untuk bercinta dan berkahwin lagi. Tapi, tidak semua melalui pengalaman indah,” katanya.

Berkongsi mengenai penggambaran muzik video itu, Black atau nama sebenarnya Mohd. Hanifah Md. Hanafiah berkata, ia satu pengalaman baharu apabila berlakon dengan pelakon kanak-kanak perempuan yang memerlukan penghayatan dan emosi penuh sesuai dengan melodi lagu baharunya ini.

“Sejujurnya, tidak ada masalah untuk buat muzik video ini. Pelakon wanita dan kanak-kanak membawa watak masing-masing dengan baik. Walaupun saya tak pernah buat babak sebegini dalam muzik video sebelum ini, tapi ia tidak terlalu mudah dan susah. Cuma, untuk pelakon kanak-kanak mendapatkan mood sedih itu yang mengambil sedikit masa.

“Bagi saya, keunikan muzik video ini adalah dari segi nyanyian lagu ini. Apa saya rasa, dilontarkan sepenuhnya dalam lagu ini. Jadi, dalam muzik video ini pun ia meluahkan isi hati yang dirasai. Bagi mereka yang jenis family man, pasti lebih merasai muzik video ini,” katanya yang turut bekerjasama dengan pengarah Azuad Abdullah.

ADA YANG BERBEZA
Memilih untuk menyimpan lagu ini selama empat tahun sebelum dikeluarkan, Black yakin Sabar juga bakal mengembalikan identiti muzik asal dirinya.

Tambah penyanyi berusia 33 tahun ini juga, istimewanya lagu ini bagaimana ia seakan membawa dia kembali kepada zaman awal kemunculannya di dalam industri nyanyian.

“Apa yang boleh saya katakan lagu Sabar ini sangat lain dari lagu-lagu yang dihasilkan beberapa tahun sebelum ini. Ia lagu balada yang memang kena dengan jiwa saya. Kalau nyanyi pun memang feel sepenuhnya.

“Dalam erti kata lain, lagu ini sebenarnya mengembalikan zaman awal saya dulu. Kiranya kalau orang dengar lagu ini, orang sudah tahu ini adalah muzik dan identiti saya. Sewaktu proses rakaman pun semuanya mudah dan cepat saja sebab saya sudah faham melodi, lenggok dan lirik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×