Penyelidik UPM temui penawar luka dalam daun sawit - Utusan Malaysia

Penyelidik UPM temui penawar luka dalam daun sawit

PROF Dr Khozirah Shaari dan pasukan penyelidiknya bergambar dalam Ekspo Teknologi Malaysia 2020 di PWTC baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kelapa sawit (Elaeis guineensis Jacq.) adalah komoditi utama di banyak negara, termasuk Malaysia. Kesan penanaman secara besar-besaran, sejumlah besar biomas telah dihasilkan dan ini membawa kepada cabaran besar untuk pengurusan sisa pertanian. Kami menggunakan daun kelapa sawit matang (OPL) yang kering dan dikisar dan diayak menjadi saiz serbuk seragam.

Serbuk OPL yang kering direndam dalam pelarut dan proses pengekstrakan dibantu oleh ultrasound. Ekstrak diperolehi dengan menguapkan supernatan kemudian dimuatkan ke gelas kaca kromatografi yang mempunyai resin makropor di dalamnya.

Ekstrak kaya diperoleh dengan menguapkan pelarut. Untuk pengayaan flavonoid C-glikosida, hidrolisis berasid dilakukan sebelum dimuatkan ke dalam gelas kaca kromatografi.
OPL dianggap sebagai biomas yang kurang dimanfaatkan dengan nilai yang rendah.

Kelapa sawit adalah komoditi utama di banyak negara. Di Malaysia, terdapat 5.8 juta hektar ladang kelapa sawit yang mengeluarkan 43.4 juta tan minyak sawit setiap tahun. Sejumlah besar biomas dihasilkan yang membawa kepada cabaran besar dalam pengurusan sisa pertanian.

Ladang di negara ini menghasilkan 1.5 juta tan OPL setahun dan dianggap sebagai biomas yang kurang dimanfaatkan dengan nilai yang rendah. Menariknya, OPL mengandungi sejumlah besar flavonoid khususnya flavonoid C- glikosida yang diketahui mempunyai ciri-ciri biologi yang berguna seperti penyembuhan luka dan sifat antioksida.

Menyedari keistimewaan itu, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) membangunkan inovasi yang memanfaatkan daun sawit bagi menghasilkan bahan penyembuh luka.

Ketua penyelidiknya, Prof. Dr. Khozirah Shaari berkata, beliau dan kumpulannya menggunakan OPL yang kering dan dikisar serta diayak menjadi saiz serbuk seragam. Serbuk OPL yang kering direndam dalam pelarut dan sebelum proses pengekstrakan dilakukakan dengan bantuan ultrasound.

Ekstrak diperoleh dengan menguwapkan supernatan kemudian dimuatkan ke gelas kaca kromatografi yang mempunyai resin makropor di dalamnya. Ekstrak kaya diperoleh dengan menguapkan pelarut. Untuk pengayaan flavonoid C-glikosida, hidrolisis berasid dilakukan sebelum dimuatkan ke dalam gelas kaca kromatografi.

Penyelidikan yang bertajuk Proses Bersepadu Pengekstraksi dan Pengayaan Flavonoid daripada Daun Kelapa Sawit bermula pada Oktober 2017 dan selesai pada Februari tahun lalu.

TIADA KAEDAH BERKESAN
Menjelaskan lebih lanjut beliau berkata, pada masa ini, tiada kaedah berkesan untuk memanfaatkan OPL untuk pengeluaran bahan kimia yang baik seperti flavonoid untuk kesihatan dan aplikasi lain. Protokol pengekstraksian atau pengayaan yang berkesan untuk menghasilkan ekstrak kaya dari OPL masih kurang dieksploitasi.

“Di sini, kami menyediakan proses bersepadu pengekstrakan dan pengayaan jumlah flavonoid dan flavonoid C- glikosida untuk pengeluaran ekstrak kaya untuk aplikasi selanjutnya sebagai produk nutraseutikal atau pengeluaran bahan kimia halus.

“Jumlah flavonoid dan flavonoid C- glikosida diekstrak dan diperkayakan oleh pengekstrakan ultrasound yang dioptimumkan iaitu optimum hidrolisis berasid dan optimum resin makropori yang memberi kenaikan sehingga 59 kali ganda sebatian.

“Ekstrak kaya menunjukkan penyembuhan luka dan sifat antioksida yang lebih baik,” ujarnya.

Dr. Khozirah berkata, pihaknya menyediakan satu proses bersepadu pengekstrakan dan pengayaan jumlah flavonoid/ flavonoid C-glycosides untuk pengeluaran sebatian kaya bagi aplikasi lanjut sebagai produk nutraseutikal atau pengeluaran bahan kimia halus.

Jumlah flavonoid dan flavonoid C- glikosida diekstrak dan diperkayakan oleh pengekstrakan ultrasound yang dioptimumkan, optimum hidrolisis berasid dan optimum resin makropor yang memberikan kenaikan sehingga 59 kali sebatian. Ekstrak kaya menunjukkan penyembuhan luka dan sifat antioksida yang lebih baik.

Menurut beliau, kaedah-kaedah konvensional yang sering diamalkan sebelum ini seperti pengekstrakan pepejal-cecair diikuti dengan pengekstrakan cecair-cecair dan kromatografi lajur tidak hanya menghasilkan kecekapan rendah, mengambil masa lama dan berskala kecil, tetapi memerlukan penggunaan pelarut dan tenaga yang tinggi.

Pada masa ini, tiada kaedah berkesan memanfaatkan OPL untuk pengeluaran bahan kimia yang baik seperti flavonoid untuk kesihatan dan aplikasi lain. Protokol pengekstraksian atau pengayaan yang berkesan untuk menghasilkan ekstrak kaya daripada OPL masih kurang di eksploitasi.

Justeru beliau berharap proses tersebut menyediakan cara yang lestari untuk menggunakan bahan biomas sawit dan dapat menangani masalah pengurusan sisa pertanian.

UBAH NILAI OPL
Ciptaan ini sekaligus mengubah nilai rendah OPL ke dalam ekstrak kaya yang bernilai tinggi. Ekstrak kaya yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi boleh mengurangkan kos pengurusan penjagaan luka pada masa akan datang.

“Yang penting, ciptaan ini boleh memberi manfaat kepada masyarakat yang kurang bernasib baik yang tidak mampu membeli ubat atau rawatan penyembuhan luka yang mahal,” ujar beliau sambil memberitahu teknologi tersebut sesuai untuk industri nutraseutical, kosmetik dan farmaseutikal.

Penyelidikan tersebut yang tidak menggunakan dana tertentu dan tanpa kerjasama dengan mana-mana pihak disasarkan kepada industri yang menghasilkan bahan kimia boleh menggunakan ekstrak kaya untuk mendapatkan sebatian yang dikehendaki. Manakala industri nutraseutikal, kosmetik dan farmaseutikal dapat menggabungkan ekstrak bioaktif yang diperkaya ini ke dalam produk formulasi mereka.

Ini kerana penyelidikan tersebut menghasilkan ekstrak kaya flavonoid yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan kimia semulajadi secara entiti tunggal. Ekstrak kaya dengan flavonoid boleh dirumuskan ke dalam sistem pembawa ubat untuk meningkatkan aktiviti biologi.

Ahli kumpulan penyelidik beliau adalah Mohamad Shazeli Che Zain, Prof Madya Dr. Sharida Fakurazi, Dr. Nadiah Mad Nasir dan Dr. Lee Soo Yee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×