fbpx

24 September 2020, 5:21 pm

  TERKINI

Sebelum Iblis Menjemput menyeramkan

PELBAGAI insiden misteri yang berlaku membuatkan penonton tertanya-tanya apa sebenarnya yang menimpa keluarga Alfie.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Satu masalah apabila menonton filem seram ketika senario Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana adalah kita bersendirian. Tiada teman di kiri atau kanan kerana jarak satu meter antara kerusi harus dipatuhi.

Bagaimanapun, peluang menonton filem seram Indonesia, Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 tidak seharusnya dilepaskan. Apatah lagi, siri pertama filem arahan Timo Tjahjanto itu mencatatkan kutipan pecah panggung di Indonesia dan cukup popular dalam kalangan peminat filem tempatan.

Tetap dengan jalan cerita sama, kali ini Alfie yang dilakonkan Chelsea Islan berdepan dengan gangguan mistik yang lebih teruk. Sementelah, selepas kematian abangnya, hidup dia dan adik, Nara seperti huru-hara.

Namun segalanya bertambah buruk apabila dia culik oleh sekumpulan anak muda yang cuba menggunakan Alfie sebagai tongkat untuk meneruskan kehidupan. Mereke turut dihantui gangguan mistik yang cukup mengerikan.

Malah, tambah mendebarkan, salah seorang ahli kumpulan anak yatim itu turut terbunuh dipercayai diganggu hantu yang menyerupai bapa angkat mereka. Menariknya, semua itu terjadi mungkin disebabkan kes pembunuhan kejam yang dilakukan mereka terhadap bapa angkat itu.

Tetapi tidak seronok andai kita terus membongkar misteri itu. Anda harus menontonnya sendiri dan menilai filem yang cukup ditunggu-tunggu oleh peminat filem seram.

Secara keseluruhan, filem ini mampu menaikkan bulu roma dan menepati harapan peminat siri popular ini. Rata-rata penonton tayangan awal bersetuju filem yang sudah ditayangkan bermula 10 September lalu memang mendebarkan.

Aspek yang patut dipuji adalah sinematografi dan seni kamera yang bertaraf antarabangsa. Itu tidak menghairankan kerana penerbit-penerbit filem dari negara seberang itu cukup mementingkan soal kualiti gambar dan warna.

Malah pemilihan pelakon juga menambahkan kualiti filem ini. Barisan aktor dan aktress muda antaranya Widika Sidmore, Baskara Mahendra dan Hadijah Shahab membuatkan filem ini harus ditonton semua.

Walaupun menerima kritikan terutama dari segi jalan cerita namun, filem ini tetap menjanjikan debaran dan ketakutan. Malah, nashkah ini juga menyelitkan beberapa elemen komedi untuk meringankan fikiran penontona selepas adegan mengejut sepanjang filem.

Pengarahnya, Timo juga yakin filem lebih baik dari siri pertama kerana plot yang berbeza serta babak seram yang belum pernah dilihat sebelum ini. Jelasnya, penonton pasti berdebar menantikan siapa dalang di sebalik gangguan misteri itu.

BERITA BERKAITAN