“SETIAP hari, pesawat dari Indonesia akan terbangkan ketam nipah hidup ke Malaysia. “Kami akan ambil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum agihkan ke cawangan-cawangan.” Demikian kata pengurus operasi restoran Shell Out, Bryan Goh, 36 kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini. Selain ketam hidup, mereka turut mengimport crawfish atau udang karang air tawar dari Australia. “Setiap hari, kami menggunakan kira-kira 200 kilogram makanan laut untuk setiap cawangan Shell Out,” jelasnya.…