Juruterbang aerobatik perlu gabungan bakat, kemahiran - Utusan Malaysia

Juruterbang aerobatik perlu gabungan bakat, kemahiran

PASUKAN aerobatik antarabangsa 'Russian Knight' mempamerkan aksi dalam satu pertunjukan udara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUNYI enjin pesawat dengan pelbagai formasi menarik sudah cukup membuatkan kita terpaku melihat kelincahan pesawat pejuang dalam satu-satu pertunjukan.

Situasi lebih mencemaskan apabila juruterbang mempamerkan formasi Cobra’; High Yoyo; Split S; Pitch Back atau Defensive Spiral.

Malah, nama-nama tim aerobatik luar negara seperti Blue Angels; Patrouille de France; Red Arrow’s dan Russian Knight cukup popular.

Namun, masih ingatkah anda dengan kelincahan aksi Smokey Bandit Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) satu ketika dahulu?

Tiada siapa tahu di sebalik aksi ditunjukkan, tersimpan 1,001 satu kisah bagi melahirkan juruterbang pasukan aerobatik.

Bersempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Gaya Wira mengimbas kisah pasukan aerobatik TUDM yang satu ketika dahulu pernah disertai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Bagi anak jati Sarawak ini, untuk melahirkan juruterbang tempur yang hebat dan mampu melakukan aksi mendebarkan bukan sesuatu yang mudah.

Affendi Buang

 

Beliau pernah menjadi ketua pasukan aerobatik Smokey Bandit berkata, selain latihan berterusan, bakat juga diperlukan bagi seseorang juruterbang aerobatik.

“Juruterbang pesawat pejuang memerlukan kemahiran lain apabila diperlukan untuk membuat aerobatik. Selain itu pengalaman juga semestinya perlu ada termasuk jumlah jam penerbangan yang mencukupi.

“Akan tetapi harus diingat, bukan semua boleh mempamerkan aksi aerobatik. Perlu ada bakat semula jadi. Jika tidak penat sahaja jurulatih mengajar,” katanya kepada Mega Wira baru-baru ini.

 

PAMERAN Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) berjaya mengharumkan nama ‘Smokey BAndit’ satu ketika dahulu.

 

Affendi menambah, beliau pernah berdepan detik mencemaskan ketika pertunjukan aerobatik sebelum ini, namun menganggapnya sebagai ‘alah bisa tegal biasa’.

Malah beliau menganggap ia sebagai pengalaman cukup berharga sebagai juruterbang pesawat tempur.

“Segalanya bermula selepas pulang dari melaksanakan satu operasi pada tahun 1988. Kami berjaya melepasi cuaca buruk namun, enjin pesawat saya pula terbakar.

“Pelbagai usaha dicuba tetapi tidak berjaya. Saya bagaimanapun membuat keputusan tarik keluar kerusi ‘lenting’ pesawat demi nyawa,” ujarnya.

Katanya, walaupun berjaya keluar daripada pesawat terbabit, kejadian lain pula menimpa beliau apabila payung terjun miliknya tersangkut di pokok setinggi lebih enam meter.

“Masa itu pukul enam petang dan keadaan di hutan sudah semakin gelap. Payung yang sepatutnya mendarat dengan baik tersangkut di pokok.

“Maklumlah kawasan hutan yang penuh dengan pokok tinggi. Nasib baik kami memang telah dilatih dengan sebaiknya dan akhirnya saya selamat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya