Hotel Sunway Putra tawar penginapan menarik - Utusan Malaysia

Hotel Sunway Putra tawar penginapan menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Setiap kali merancang percutian, selain daripada tempat selesa untuk menginap, jamuan makanan dan tempat menarik untuk dilawati juga penting untuk mendapat kepuasan penuh.

 

Malaysia mempunyai banyak destinasi percutian menarik yang boleh diterokai. Pasca Covid-19, ekonomi negara turut terjejas terutamanya industri perhotelan. Jadi inilah masanya rakyat membantu membangunkan semula ekonomi negara.

 

Tidak perlu pergi jauh, di sekitar Kuala Lumpur sudah cukup banyak tarikan. Ibu negara Malaysia menawarkan banyak destinasi pelancongan yang menarik seperti tempat bersejarah, hiburan keluarga dan mercu tanda negara.

 

Perkara pertama yang dicari jika ingin melancong ialah tempat penginapan yang selesa dan selamat. Antara yang memenuhi kriteria itu ialah Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

 

Melalui program Sunway Safe Stay ia merangkumi lebih 30 protokol amalan pembersihan yang ketat untuk jaminan keselesaan dan taraf kesejahteraan yang optimum bagi memastikan keselesaan penginapan para pengunjung.

 

Yang lebih seronok, dengan hanya RM238, pelanggan seramai empat orang (dua dewasa dan dua kanak kanak) boleh makan tanpa had, menu buffet selama lapan jam.

 

GABUNGAN menu Barat dan tempatan yang disediakan dalam promosi Makan Unlimited di Hotel Sunway Putra.

 

Selain itu, Hotel Sunway Putra yang bertaraf lima bintang ini mempunyai laluan terus ke pusat beli-belah Sunway Putra Mall iaitu antara pusat gaya hidup bandar setinggi lapan tingkat. Pusat membeli belah itu juga mempunyai banyak restoran yang menawarkan pelbagai jenis makanan seperti masakan Jepun di Teppankyuko, masakan Indonesia di Ayam Penyet Express dan lain-lain lagi.

 

Hotel ini juga terletak di tengah-tengah ibu kota. Persekitarannya terdapat kafe, bar tempatan dan mercu tanda Kuala Lumpur yang mempesonakan para pelancong.

 

Pengunjung boleh meneroka Kuala Lumpur sama ada dengan memandu sendiri, menaiki bas pelancong Hop On Hop Off atau menaiki kenderaan awam yang disediakan. Ini kerana hotel Sunway Putra mempunyai akses terus ke stesen LRT PWTC di mana pengunjung dapat bergerak ke kawasan sekitar dengan mudah.

 

Antara tempat yang menarik di sekitar kawasan itu ialah Chinatown yang terletak lima minit daripada Pasar Seni. Kawasan ini biasanya menjadi tumpuan membeli pelbagai jenis barang dengan harga yang murah selain makan di restoran terbuka di situ.

 

Jika ingin melihat flora dan fauna, Taman Botani Perdana adalah tempatnya. Ia terletak berhampiran dengan Tugu Negara, Bukit Aman dan Taman Burung Kuala Lumpur. Taman Botani ini mempunyai taman rusa yang boleh dimasuki secara percuma dan taman bunga yang cukup sesuai untuk menjadi latar belakang gambar.

 

Bagaimanapun, taman itu agak besar jadi untuk memudahkan pengunjung, perkhidmatan tren disediakan dengan harga yang murah untuk melihat seluruh keindahan taman tersebut. Selain itu, Menara Kuala Lumpur juga merupakan tumpuan pelancong kerana boleh melihat panaroma ibu kota dari sudut yang menarik.

 

Jika berani, boleh cuba berdiri di atas kaca ketinggian 300 meter di bilik SkyBox. Ia merupakan sebuah bilik berlantaikan kaca setebal tiga inci. Merakam gambar berlatar belakang Kuala Lumpur yang cantik di situ, pasti akan menjadi memori yang indah untuk diabadikan.

 

Rancanglah percutian anda dari sekarang, sambil bantu memulihkan ekonomi negara, anda dapat juga berseronok dengan menjelajah bandar raya bertaraf dunia ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.