Kucing cantik baka Eropah memiliki ramai peminat. Berbulu banyak dengan anggota tubuh lebih besar berbanding kucing biasa antara ciri tarikan dimiliki kucing ini. Pemilik Kieracatkingdom Cattery, Noor Syakirah Mohd. Azam, 30, berkata, sejak membangunkan perniagaan haiwan daripada baka Eropah pada 2015, lebih 1,000 ekor kucing baka itu dibeli peminat kucing di seluruh negara. Beliau menggunakan tagline ‘Ingat Baka Kucing Asli, Ingat Kieracatkingdom Caterry’ bagi menarik peminat kucing itu ke laman…