Pokok bukan penyedut hampa gas, tidak menyedut habuk -

Pokok bukan penyedut hampa gas, tidak menyedut habuk

FOTO UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP tanaman hiasan mempunyai keistimewaan dari segi fungsi dan nilai estetikanya yang tersendiri sama ada morfologinya mahupun keunikan karakternya yang semula jadi seperti mempunyai struktur bunga yang menarik.

Menurut Penolong Pengarah, Bahagian Pem­ba­ngunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian, Muhamad Adli Salihin Samsudin, warna bunganya pula vibran, pelbagai bentuk daun yang menarik dan ada yang mempunyai fungsi yang menarik seperti boleh diproses untuk menghasilkan bahan dalam produk perubatan dan juga pembuatan. Semua keistimewaan dalam setiap tanaman hiasan boleh memberikan seni landskap yang menarik.

Susun atur tanaman hiasan mengikut jenis, hierarki yang betul dan komposisi yang bersesuaian serta digabung­kan dengan struktur buatan manusia seperti perabot taman iaitu kerusi, gazebo, elemen air dan juga arca, impaknya memberikan satu hasil yang tenang dan mendamaikan.

Selain dapat membantu memelihara alam sekitar, ternyata seni landskap dapat memberikan nilai estetika yang tiada bandingannya.

Selain itu, umum mengetahui pokok mampu membantu proses pembersihan udara di sekeliling kita kerana menyerap gas pencemar yang terdapat di udara dan pokok juga membebaskan gas oksigen yang sangat diperlukan oleh hidupan seperti manusia dan haiwan untuk bernafas.

Proses ini berlaku ketika semua pokok melakukan proses fotosintesis.

Pokok Lidah Jin yang ditanam di Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM). UTUSAN/AMIR KHALID

Walaupun kebanyakan akti­viti manusia terbatas dalam melaksanakan tugasan dan aktiviti harian ekoran penularan Covid-19 ke seluruh dunia pada ketika ini, tetapi dari sudut yang positif, kualiti pengudaraan dunia seolah-olah berada dalam keadaan yang segar dan bersih.

Namun satu fakta harus diingat, pokok bukanlah penyedut hampa gas kerana ia tidak menyedut habuk.

Muhamad Adli Salihin berkata, pokok hanya menyedut gas-gas pencemar yang terampai di udara seperti kajian oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) iaitu gas pencemar seperti formaldehid, benzena, Xylena dan juga toluena yang terdapat di sekeliling kita.

Katanya, selain berkeupayaan menyerap gas-gas pencemar yang terdapat di kawasan luaran, tanaman hiasan juga membantu menyerap gas tersebut di kawasan tertutup seperti dalam rumah, pejabat dan juga premis perniagaan.

“Pokok seperti lidah jin atau nama botaninya Sansevieria trifisciata yang dikatakan amat efisien berfung­si sebagai pembersih udara secara semula jadi di kawasan tertutup ataupun kerap disebut sebagai tanaman dalam rumah (indoor plant).

“Hakikatnya ba­nyak lagi tanaman hiasan yang mampu melaksanakan tugasan seperti pokok hiasan tersebut .

“Namun, di sebalik keistime­waan dan kelebihan pada setiap tanaman tersebut, ada juga tanaman hiasan yang dikategorikan sebagai beracun,” ujar beliau.

Dilabel pokok beracun bukan merujuk kesan kepada manusia sahaja tetapi juga kepada haiwan peliharaan seperti kucing jika haiwan peliharaan tersebut memakan atau menggigit tanaman tersebut.

“Walau bagaimanapun, sebagai peminat tanaman hiasan, kita hendaklah bijak mendapatkan informasi yang sahih berkenaan pokok-pokok yang beracun dan jangan mudah panik,” ujarnya.

Mengenai kemungkinan tanah dalam pasu pokok hiasan mengandungi mikrob berbahaya, pakar sains pengurusan tanah UPM, Prof. Dr. Ahmed Osumanu Haruna berkata, kebiasaannya tanah memang mengandungi hidu­pan tersebut tetapi kadangkala ia membantu pokok dalam proses tumbesarannya.

Katanya, kebanyakan patogen daripada tanah dan boleh menyebabkan penyakit pada akar tanaman yang boleh merebak menerusi batang dan daun.

“Sebagai contoh kulat atau fungus (Phytophthora capsic) berpotensi menjejaskan tanaman seperti lada hitam manakala patogen boleh menjejaskan tanaman tanah dan manusia.

“Kebanyakan patogen ini adalah kulat, bakteria dan ca­cing dan beberapa virus pula menjejaskan tanaman seperti sayur sayuran,” jelasnya.

Seorang bekas pegawai penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Abdul Rashih Ahmad berkata, mereka yang mengambil pokok atau herba tertentu sebagai makanan tambahan perlu menggunakan dos yang rendah dan perlu berhenti jika ada kesan sampingan.

Beliau yang berpengalaman dalam penyelidikan berkena­an herba berkata, pengguna perlu meneliti kesan sampingan bagi mengelak berlaku masalah kesihatan

“Bagi pokok atau herba yang telah diproses menjadi produk pula, pengguna perlu mengikut arahan penggunaan yang disertakan pada botol,‘’ ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya