Mengatur rumah jadi pejabat - Utusan Malaysia

Mengatur rumah jadi pejabat

Bekerja daripada rumah dapat mencetuskan suasana santai. GAMBAR EHSAN JABRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEKERJA dari rumah menjadi keutamaan rakyat Malaysia bagi membolehkan syarikat lebih cenderung dalam menetapkan dasar untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan pekerja. Terutamanya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Siapa yang tidak suka jika diberi peluang bekerja di rumah dengan berseluar pendek dan kemeja-T sambil duduk di sofa yang empuk. Tidak perlu menghadap kesesakan lalu lintas dan perjalanan yang merimaskan.

Ada beberapa langkah yang dapat dilakukan oleh pekerja daripada rumah yang berdedikasi untuk memastikan segala hal tetap produktif dan menyenangkan.

PEMBAHAGIAN RUANG

Bekerja dari rumah mempunyai satu garisan antara aspek profesional dengan peribadi. Bagi memastikannya perlulah menyediakan satu ruang yang sesuai bagi anda bekerja.

Ruang ini harus menggambarkan hasil kerja anda sendiri, sama ada secara santai atau bagi menjaga postur badan yang baik dengan menyediakan meja berdiri. Tujuannya memaksimumkan keselesaan dan mengurangkan gangguan semasa bekerja.

Pilih ruang yang jauh dari ruang tamu atau dapur dan digalakkan untuk menempatkan di ruang hadapan rumah bagi memudahkan kerja anda.

IKUT JADUAL

Secara fleksibelnya, bekerja dari rumah boleh menyebabkan perhatian anda tertarik ke sesuatu yang melalaikan seperti program televisyen kegemaran anda.

Anda mesti kuatkan iltizam dalam menyusun jadual dan mematuhinya. Ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan, namun boleh diatasi dengan memanfaatkan medium seperti Google Tasks atau Todoist untuk mengikut jadual senarai tugas sepanjang hari.

Beri sedikit penghargaan kepada diri sendiri selepas mengharungi hari yang produktif dengan memesan makanan untuk dihantar ke rumah anda.

PILIH TEMPAT MENARIK

Bukan hanya bekerja di rumah, anda juga boleh memilih untuk bekerja di kafe-kafe, tukar persekitaran bagi mendapatkan idea-idea yang lebih kreatif dan produktif.

Kafe boleh dijadikan sebagai lokasi ketiga untuk bekerja. Ada yang gemar bekerja di luar berbanding di dalam pejabat dan ada juga yang gemar bekerja di tempat awam, taman atau perpustakaan.

Namun ia juga mendatangkan risiko jika anda berjumpa dengan rakan atau kenalan dan berborak.

Walau di mana anda memilih untuk bekerja, bolehlah mengurangkan gangguan terutamanya di tempat awam dengan memberi isyarat sibuk iaitu memasang fon telinga.

KOMUNIKASI RAKAN SEKERJA

Mudah untuk kurang berkomunikasi dengan rakan sekerja jika anda mula bekerja dari rumah.

Keakraban mudah untuk diwujudkan ketika anda sering berbual dengan rakan sekerja dapat membuatkan dunia berbeza ketika bekerja. Ini juga dapat menghilangkan rasa bosan jika anda tinggal sendirian.

Bagi mengelakkan hal ini berlaku, curi masa untuk menghubungi rakan sekerja anda selepas menyelesaikan tugasan dengan hanya berkain sarung daripada rumah.

PERSEKITARAN YANG TEPAT

Akhir sekali, alatan mahupun persekitaran yang tepat dapat memudahkan kerja anda. Ini berkisar daripada sesuatu yang sederhana seperti meletakkan beberapa tanaman kecil bagi mengoksigenkan ruang pejabat rumah anda.

Bekerja dari rumah boleh dikategorikan sebagai salah satu langkah yang efektif dan adil bagi kedua pihak sama ada bagi pihak pengurusan mahupun pekerja sendiri.

Syaratnya, mereka mesti bijak dalam menguruskan hal kerja yang dipertanggungjawabkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya