fbpx

26 November 2020, 10:36 pm

  TERKINI

Achey lunas kerja Abam, promosi produk di laman sosial

Achey akui akan terus melunaskan kerja Abam jika ada yang sudah membuat pembayaran kepada pihak arwah sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menunaikan janji mengambil alih kerja atau tawaran yang sudah diterima Allahyarham Abam Bocey secara percuma. Pelawak dan penyanyi Achey memberitahu setakat ini  sudah dua pekerjaan rakan baiknya itu diselesaikan.

Merupakan promosi produk di laman sosial, kongsi Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah dia berasa cukup lega dapat membantu dua individu yang menghubunginya baru-baru ini.

“Ada dua orang menghubungi saya melalui laman sosial, kedua-duanya berkenaan promosi produk di laman sosial. Menurut mereka sudah membuat bayaran kepada arwah Abam, jadi tanggungjawab saya melunaskan kerja rakan saya.

“Ada dua produk, salah satunya memang tidak sesuai dengan saya memandangkan produk kurus, jadi saya minta tolong isteri saya sebab bentuk badan dia lebih sesuai. Lagi satu merupakan produk makanan,” katanya.

Mengakui puas dapat membantu dua individu tersebut, kata Achey apa yang lebih penting respons yang diterima juga sangat memberangsangkan sekali gus membuatkan dia bersyukur dapat membantu.

“Memang saya berasa puas dapat membantu selain dua produk tersebut juga menerima maklum balas yang baik daripada pengikut saya di Instagram,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran produk wangian Sugarbomb yang turut melantik dirinya sebagai duta di Shah Alam semalam.

Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, dipercayai akibat demam panas pada 10 Februari lalu. – UTUSAN