Warna-warni Sukan SEA Kemboja 2023 - Utusan Malaysia

Warna-warni Sukan SEA Kemboja 2023

Sekumpulan pelari jarak jauh beraksi dalam acara akhir 10000 meter (Lelaki) pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo. UTUSAN/AMIR KHALID
Penerjun Negara, Kimberly Bong Qian Ping ketika melakukan terjunan papan anjal 3 meter pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Pusat Akuatik Morodok Techo. UTUSAN/AMIR KHALID
Penerjun Negara, Enrique Maccartney meraih pingat emas dalam acara terjun platform 10 meter lelaki pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Pusat Akuatik Morodok Techo.
Mohd Ziyad Zulkifli menjerit selepas melontar dalam acara lontar peluru akhir pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo.
Nor Sarah Adi beraksi pada acara akhir lompat bergalah pad Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Morodok Techo.
Umar Osman mengangkat tangan di garisan penamat dalam acara larian akhir 400m lelaki pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo.
PELARI Pecut Negara, Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Haiqal Hanafi menyentuh garisan penamat dalam acara akhir 100 meter (Lelaki) pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo.
Farrell Glenn Felix Jurus mengangkat tangan dalam acara lompat tinggi pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo.
Sekumpulan pelari beraksi dalam acara larian 1500 meter pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo.
Pemain sepaktakraw kebangsaan beraksi menentang pasukan Indonesia dalam acara akhir sepaktakraw beregu (Lelaki) di National Training Center.
Leong Chee Feng melakukan servis ketika menentang Singapura dalam acara perseorangan Pingpong pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Kompleks Sukan Stadium Morodok Techo.
Muhammad Syafiq Zuber (kiri) meraih pingat emas dalam acara Taekwondo Kyorugi 80kg menentang pasukan Indonesia pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.
Muhammad Amirul Hamizan Azahar menjaringkan gol ketika menentang pasukan Singapura pada perlawanan akhir hoki (Lelaki) pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Kompleks Sukan Stadium Morodok Techo.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.