Warna-warni penamaan calon PRU ke-15 - Utusan Malaysia

Warna-warni penamaan calon PRU ke-15

Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba ditempat penamaan calon diiringi lebih kurang seribu penyokong parti Barisan Nasional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Calon Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Razali Ibrahim serta calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd. Rahman mengangkat tangan semasa porses penamaan calon Parlimen Pagoh, pada PRU-15.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melambai tangan kepada penyokong selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Dewan Gemilang, Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan penyokong Pakatan Harapan, selepas Penamaan Calon Parlimen Tambun sempena PRU ke-15. UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Calon Perikanan Nasional (PN) Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah Marang.UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin bertemu dengan penyokong selepas penamaan calon di Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.UTUSAN/FARIZ RUSADIO
MOHAMAD Hasan bersama para penyokong Barisan Nasional pada penamaan calon PRU15 bagi Parlimen Rembau di Dewan Sri Rembau, Rembau hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Calon Pakatan Harapan (PH), Rafizi Ramli (tengah) bersama penyokong PH tiba di Pusat Penamaan Calon P100 Pandan, Dewan Perbandaran MPAJ PRU ke 15. UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar gembira meraikan anakanda beliau, Nizar Najib selepas diumumkan sebagai calon DUN Peramu Jaya pada PRU 15. UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Bentong, Young Syefura Othman bergambar dengan penyokong sempena PRU ke-15 di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Bentong. FB YOUNG SYEFURA
Barisan calon-calon yang bakal bertanding di Parlimen Batu P.115 bergambar selepas selepas sesi penamaan calon yang berlangsung di Pusat Penamaan Calon Parlimen Batu P.115 di SMK Sentul Utama. UTUSAN/ AMIR KHALID
Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ditemani oleh isterinya, Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad hadir di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 di Stadium Tertutup Kuala Selangor. UTUSAN/AFIQ RAZALI
Calon Parti Barisan Nasional,Datuk Seri Johari Abdul Ghani hadir bersama penyokong pada Hari Penamaan Calon PRU Ke-15 bagi Parlimen Titiwangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki. UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Calon-calon yang bertanding dalam PRU15 bagi parlimen Kepala Batas pada, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN) (kanan), Danial Abdul Majeed (PH) (dua kanan), Dr. Siti Mastura Mohamad (PN)(dua kiri), dan Hamidi Abu Hassan (GTA)(kiri), selepas pengumuman calon di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya