fbpx

Aksi-aksi di Sukan Malaysia 2022

KUALA LUMPUR, 18 SEPTEMBER 2022 - Atlet larian dari pasukan Johor, Muhammad Arsyad Md Saat muncul juara bagi acara olahraga kategori larian 200m (lelaki) yang menewaskan atlet Perak, Muhammad Azeem Mohd Fahmi (tengah) pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang ke-20 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / PEMBERITA - SUKAN ( UTUSAN / KOSMO )

Pelari pecut Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohammad Rizal (tengah) muncul juara bagi acara 200 meter pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang ke-20 di Stadium Nasional Bukit Jalil. UTUSAN/AMIR KHALID

Penembak dari Pulau Pinang, Shaveena Mei Vejayan beraksi dalam acara 10M Air Rifle Wanita pada Sukan Malaysia 2022 ke-20 di Lapang Sasar Menembak Subang. UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Atlet Terengganu, Noor Zamziezah Ahmad mengukur kedudukan bola ketika perlawanan akhir dalam acara boling padang kategori perseorangan wanita pada Sukan Malaysia 2022 yang ke-20 di Kompleks Sukan Bukit Kiara.UTUSAN/ AMIR KHALID

Muhammad Danial Abu Samah dari Pahang beraksi dalam acara Tenpin Boling Beregu Lelaki pada Sukan Malaysia 2022 ke-20 di Sunway Mega Lanes. UTUSAN/ FARIZ RUSADIO

Pengangkat dari Terengganu, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri beraksi dalam acara Angkat Berat tidak melebihi 45Kg Wanita pada Sukan Malaysia 2022 ke-20 di Putrajaya .UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Pengangkat dari Selangor, Muizzuddin Syahmi Ahmad Bahar beraksi dalam acara Angkat Berat tidak melebihi 55Kg Lelaki pada Sukan Malaysia 2022 ke-20 di Putrajaya. UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Perenang dari Wilayah Persekutuan, Khai Xin Tan beraksi dalam acara 400M Rampaian Perseorangan Lelaki pada Sukan Malaysia 2022 ke-20 di Pusat Akuatik Bukit Jalil. UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Perenang dari Johor, Yong Qi Ong beraksi dalam acara 400M Rampaian Perseorangan Wanita pada Sukan Malaysia 2022 ke-20 di Pusat Akuatik Bukit Jalil. UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Penerjun dari Sarawak, Elvis Priestly dan Jared Aiden melakukan terjunan dalam acara terjun Platform Seirama pada Sukan Malaysia 2022 yang ke-20 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil. UTUSAN/AMIR KHALID

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN