Terlalu kurang yang mengambil gambar buah-buahan itu sendiri. Justeru, untuk keluaran kali ini, penulis akan memberi beberapa tip kepada sesiapa yang berminat merakam gambar buah-buahan sebagai salah satu koleksi berharga.

Langkah pertama cari dusun buah-buahan yang terbaik untuk penggambaran anda. Seterusnya buat persediaan peralatan kamera yang sesuai untuk tujuan ini supaya tidak yang tertinggal. Sila bawa satu set kamera lensa zum lebar (wide zoom lens), lensa telefoto (tele zoom lens) memadai 70-200mm, lampu denyar (flash), tripod (jika perlu) dan penyembur air. Jangan pandang remeh dengan kesemua peralatan ini kerana jika tertinggal kemungkinan besar penggambaran akan terganggu.

Membidik gambar buah-buahan terdapat pelbagai situasi untuk merakamkannya sama ada ketika berada di pokok, tempat pengumpulan dan jualan mahupun tempat makan. Kesemua situasi itu tidak sama. Jika mahu merakam gambar buah durian di pokok, gunakan lensa zum lebar dan paling baik 16-35mm. Boleh juga merakam dari sudut bawah bagi menghasilkan gambar lebih kreatif.

Jika dari sudut yang sama gambar akan kelihatan membosankan. Sekiranya jarak lebih dekat gunakanlah lensa telefoto 70-200mm (jika ada). Jika tiada memadailah dengan lensa tele yang ada kerana setiap bentuk buah adalah seni yang tidak ternilai jika pandai mengadun untuk mengambil atau menyusunnya.

Apabila berada di tempat pengumpulan dan untuk menampakkan betapa banyaknya buah-buahan tersebut, ambil gambar dari sudut atas. Cuba cari sudut-sudut menarik. Sekiranya boleh jangan biarkan ada ruang kosong dalam pemidang gambar. Anda juga boleh mengambilnya dari sudut rendah. Semuanya bergantung kepada kreativiti anda.

Bagi menunjukkan buah kelihatan lebih segar, gunakan penyembur air. Jika tiada, memadai dengan merenjis. Teknik ini boleh digunakan ketika buah berada di pokok atau di tempat pengumpulan. Namun sekiranya ingin melihat keseluruhan kawasan tanaman buah-buahan segar anda perlu berada pada awal pagi kerana suhu ketika itu, kelvinnya agak rendah.

Membidik gambar buah-buahan terdapat pelbagai situasi untuk merakamkannya sama ada ketika berada di pokok, tempat pengumpulan dan jualan mahupun tempat makan. Kesemua situasi itu tidak sama.