Untuk keluaran kali ini penulis ingin mengetengahkan fungsi lensa sudut luas (wide angle lens) dalam fotografi makanan (food photography) dan waktu berbuka paling sesuai untuk rakaman kerana kepelbagaian menu yang dihidangkan.

Dalam bidang fotografi penggunaan lensa sudut luas sebenarnya tidak terhad kepada merakam saujana landskap ataupun fotografi berkumpulan sebaliknya ia boleh digunakan untuk membidik imej-imej makanan secara lebih maksimum.

Hakikatnya, merakam gambar makanan bukanlah tugas mudah terutama dalam usaha seseorang jurufoto mendapatkan perincian dan kesan terhadap keseluruhan imej.

Di sini penulis kongsikan beberapa tip bagaimana menggunakan lensa sudut luas bagi merakamkan foto makanan .

  • Menu bersesuaian

Untuk merakamkan gambar makanan, menu bersesuaian adalah antara perkara utama dalam mendapatkan imej terbaik walaupun hanya menggunakan lensa sudut luas.

  • Rakaman sudut bawah (low angle shot)

Sudut bawah merupakan sudut yang boleh memberikan impak dalam syot semua bentuk fotografi termasuk fotografi makanan.

  • Sudut atas (top angle)

Menggunakan rakaman sudut atas mampu menghasilkan gambaran terbaik setiap menu yang di hidangkan. Cari tempat sesuai sebelum membuat rakaman.

  • Perspektif

Rakaman perspektif perlu dititik beratkan ketika menggunakan lensa sudut luas semasa membidik imej-imej makanan.

  • Rapatkan sudut fokus

Sudut fokus maksimum adalah antara salah satu kelebihan kepada penggunaan lensa sudut luas. Ini akan memberikan kesan visual rakaman yang berbeza tanpa membuat zoom untuk imej yang lebih dekat.

Selamat mencuba. Layari dan ikuti facebook XpertLines untuk tip dan tutorial fotografi perkongsian daripada profesional untuk menjadi profesional.

Untuk merakamkan gambar makanan, menu adalah antara perkara utama dalam mendapatkan imej terbaik walaupun hanya menggunakan lensa sudut luas.