Kemesraan baginda dengan Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa menjadi perhatian lensa kamera.

Turut menjadi perhatian pada Julai ialah SUltan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar segak bergaya menunggang motorsikal berkuasa tinggi semasa program Kembara Mahkota Johor kali ke -22 turut direkodkan lensa untuk keluaran ini.

Ratusan ribu jemaah yang mulai berkumpul di Baitullah dirakamkan jurufoto yang turut berada di sana menunggu menunaikan ibadah rukun Islam yang kelima itu selain gol tunggal perlawanan akhir Piala FA 2019 antara pasukan Kedah dan Perak menghiasi peristiwa bagi Julai 2019.

Isu sosial yang menyelubungi persekitaran semasa terutamanya pelajar sekolah dengan penggunaan vape tanpa terkawal dan penempatan isu di Bukit Malut, Langkawi dikompilasikan juga dalam album terbaik ini.

Rakaman seorang bapa bersyukur selepas keputusan Mahkamah Tinggi, berswafoto berlatar belakangkan tangki gergasi, meraih buah durian dengan motorsikal dan sesi fotografi luar pelakon dan model Amelia Thripura Henderson turut terpilih menghiasi koleksi foto terbaik Pilihan Editor bagi Julai 2019 rakaman jurufoto XPERTLINES.