PRISM+ X340 PRO Evo monitor ultralebar untuk pekerja kreatif, gamer - Utusan Malaysia

PRISM+ X340 PRO Evo monitor ultralebar untuk pekerja kreatif, gamer

PRISM+ X340 PRO Evo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM dunia digital hari ini, monitor atau skrin bukan lagi sekadar ‘tingkap’ kepada dunia maya, malah ia adalah ruang kerja, medan pertempuran maya, malah tempat melarikan diri dari kesibukan dunia sebenar.

PRISM+, sebuah jenama yang semakin mencuri tumpuan di pasaran Asia Tenggara, memperkenalkan monitor X340 PRO Evo – sebuah paparan ultralebar yang bukan sahaja gah dari segi spesifikasi, tetapi juga dari segi gaya.

VISUAL yang tajam sesuai untuk penyuntingan video dan penggemar permainan video.

REKA BENTUK MINIMALIS

Sekali pandang, monitor ultralebar bersaiz 34 inci ini kelihatan mementingkan seni moden. Ini kerana reka bentuknya yang tanpa bingkai di tiga sisi memberikannya sentuhan futuristik, manakala panel penjajaran menegak (VA) kelengkungan skrin 1000R memberikan pengalaman menonton yang lebih ‘meresap.’

Boleh dikatakan, ia seolah-olah ‘memeluk’ pandangan mata anda, menjadikannya lebih ‘hidup’ semasa sesi bermain permainan video (gaming) yang panjang, ketika menonton filem atau suntingan video selama berjam-jam.

DICIPTA UNTUK AKSI

Kadar segar semula (refresh rate) 180Hz direka untuk pengalaman permainan dan produktiviti yang lancar. Ia memberikan kelancaran tambahan ketara, terutamanya dalam permainan pantas seperti Apex Legends dan Valorant. Masa tindak balas 1ms memastikan pergerakan kabur pada tahap minimum.

Dengan resolusi UWQHD (3440 x 1440) juga, monitor ini menawarkan paparan luas dengan kontras tinggi serta warna hitam pekat, menjadikan adegan gelap dalam permainan video dan filem kelihatan hebat.

MONITOR ini menawarkan paparan luas dengan kontras tinggi serta warna hitam pekat yang sesuai ketika bermain permainan video.

Sama ada anda sedang berlumba dalam simulasi kereta berteknologi tinggi, atau bertarung dalam dunia fantasi, monitor ini menjanjikan prestasi yang tidak mengecewakan.

WARNA YANG HIDUP, VISUAL TAJAM

Untuk mereka yang bekerja dalam bidang kreatif seperti grafik, animasi atau suntingan video, monitor ini menawarkan liputan warna 100 peratus sRGB dan DCI-P3 yang luas. Warna kelihatan hidup, konsisten dan sesuai untuk kerja-kerja yang memerlukan ketepatan visual.

Mod paparan seperti Game, Movie dan FPS pula membolehkan pengguna melaraskan tetapan mengikut keperluan tanpa perlu menyentuh butang tetapan terlalu kerap.

KESAMBUNGAN DAN FUNGSI TAMBAHAN

X340 PRO Evo dilengkapi dengan pelbagai port sambungan: 2 x HDMI 2.0, 2 x DisplayPort 1.4 dan port audio 3.5mm. Ini memberikan fleksibiliti tinggi untuk sambungan ke pelbagai peranti – dari PC, konsol, hingga laptop.

MONITOR PRISM+ ini dilengkapi dengan pelbagai port untuk kemudahan penyambungan berbeza.

Bar bunyi dan mikrofon terbina sesuai untuk kegunaan kasual, tetapi jika anda mementingkan kualiti audio, anda mesti mahu menggunakan pembesar suara atau fon kepala sendiri.

Kebanyakan pengguna profesional lebih gemar menggunakan set audio mereka sendiri untuk pengalaman lebih mantap. Bagaimanapun, mikrofon ini berguna untuk panggilan discord.

Sokongan VESA mount juga memberikan fleksibiliti – sama ada anda mahu letakkannya di atas meja atau gantung pada lengan monitor.

Selain itu, satu ciri menarik yang ada pada monitor PRISM+ ini adalah pengecas tanpa wayar. Ia memudahkan anda untuk mengecas telefon pintar anda ketika sedang bermain permainan video atau membuat suntingan video.

HANYA letakkan peranti anda pada tapak monitor untuk pengecasan tanpa wayar.

Nisbah aspek 21:9 juga memberikan anda ruang kerja yang lebih luas, kerana anda boleh membuka lebih banyak aplikasi atau dokumen pada satu masa, sekali gus meningkatkan kecekapan melakukan lebih daripada satu kerja serentak.

SIAPA YANG PATUT BELI?

PRISM+ X340 PRO Evo adalah pilihan yang berbaloi untuk mereka yang mencari monitor ultralebar dengan prestasi tinggi pada harga yang kompetitif.

Ia bukan sahaja sesuai untuk gamer tegar, tetapi juga pengguna profesional yang memerlukan ruang kerja visual yang luas dan berkualiti tinggi.

Monitor ultralebar ini boleh didapati pada harga RM1,699, pastinya harga yang tidak membocorkan poket anda.

Walaupun terdapat beberapa kekurangan, kelebihannya dalam prestasi, rekaan moden dan sokongan kadar segar semula yang tinggi menjadikannya pilihan menarik untuk anda yang ‘bergelumang’ dalam permainan video dan kerja kreatif.

Monitor ultralebar terbaharu keluaran PRISM+ ini boleh didapati di pautan https://prismplus.my/collections/monitors/products/x340-pro-evo atau kunjungi laman web rasmi PRISM+, https://prismplus.my/ – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya