Cabaran 30 Hari Nestle tawar hadiah percutian RM5,000

Peluang menangi percutian RM5,000 melalui Cabaran 30 Hari Nestle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nestle Omega Plus dan BookDoc, menganjurkan cabaran selama 30 hari bagi merendahkan paras kolestrol dalam kalangan rakyat Malaysia.

Peserta yang berjaya mengurangkan paras kolesterol low-density lipoprotein (LDL) mereka dalam tempoh cabaran, layak memenangi hadiah lumayan, termasuk percutian domestik bernilai RM5,000 atau kad baucar sukan bernilai RM500.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Tenusu dan Nutrisi Dewasa di Nestlé Malaysia, Kenny Wong berkata, pihaknya teruja menganjurkan Cabaran 30 Hari dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan jantung mereka.

Beliau berharap, lebih ramai rakyat Malaysia akan menyertai cabaran itu dan meraih manfaat daripada pengurangan paras kolesterol.

“Cabaran 30 Hari ini terus memotivasikan dan mendidik rakyat Malaysia agar lebih proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka dan kami yakin tahun ini, ramai lagi rakyat Malaysia akan menyahut cabaran ini,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, untuk menyertai cabaran itu amat mudah di mana bermula dari sekarang sehingga 30 Jun ini, peserta hanya perlu membeli produk Nestle Omega Plus bernilai sekurang-kurangnya RM20.

Kemudian, peserta akan mendapat satu ujian profil lipid BP Healthcare secara percuma, dan mereka yang didapati mempunyai kolesterol LDL yang tinggi atau berisiko akan layak memulakan perjalanan 30 hari mereka dengan Nestle Omega Plus.

Jelasnya, sebagai sebahagian daripada cabaran itu, para peserta turut akan mendapat kit-permulaan 5 hari percuma, serta sokongan daripada jurulatih kesihatan profesional melalui Aplikasi BookDoc bagi membantu perjalanan 30 hari ke arah paras kolesterol yang lebih sihat.

“Penyertaan mudah sahaja Dalam tempoh 30 hari ini, anda hanya perlu mengambil dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari untuk membekalkan jantung anda dengan 1.2g sterol tumbuhan ActiCol yang dibuktikkan secara saintifik dapat merendahkan paras kolesterol.

“Paras kolesterol yang rendah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pastikan anda merekodkan pengambilan NESTLÉ OMEGA PLUS anda dalam Aplikasi BookDoc dengan memuat naik foto setiap kali,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×