Transgender Thailand beli Miss Universe AS$20 juta 

Transgender Thailand beli Miss Universe AS$20 juta 

Harnaaz Sandhu dari India dinobatkan Miss Universe 2021. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang transgender yang juga ahli perniagaan Thailand, Jakkaphong Anne Jakrajutatip, membeli Miss Universe Organization pada harga AS$20 juta (RM94.38 juta).

Jakkapong yang juga seorang taikun selebriti media merupakan penyokong hak transgender yang membintangi rancangan realiti Project Runway dan Shark Tank versi Thailand.

Beliau juga lantang bersuara mengenai pengalamannya sebagai seorang transgender di samping menubuhkan Yayasan Life Inspired For Thailand dalam memperjuangkan hak dan maruah serta peluang untuk golongan transgender.

Syarikatnya, dalam kenyataan memaklumkan pembelian berkenaan menjadikan Jakkaphong sebagai wanita pertama memiliki pertubuhan pertandingan ratu cantik tersebut.

Jakkaphong yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pemegang saham terbesar JKN Global Group Pcl berkata,  dengan kandungan, pelesenan dan peluang dagangan Miss Universe pihaknya merancang untuk berkembang di Asia.

“Pemerolehan ini adalah tambahan kukuh dan strategik kepada portfolio kami,” katanya.

Saham JKN Global Group Pcl melonjak hampir 10 peratus pada pembukaan dagangan awal pagi ini.

JKN Global Group Pcl menghasilkan rancangan sendiri selain mengedarkan kandungan dari luar negara termasuk dokumentari dan drama Bollywood di Thailand. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN