Petronas Chemicals perkukuh kehadiran di Indonesia - Utusan Malaysia

Petronas Chemicals perkukuh kehadiran di Indonesia

SAZALI Hamzah (berdiri, dua dari kiri) dan Haryanto Adikoesoemo (duduk, tiga dari kiri) bersama pegawai PCG dan PT AKAR semasa majlis menandatangani perjanjian usaha sama secara maya antara kedua-dua syarikat di Kuala Lumpur dan Jakarta baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) akan bekerjasama dengan PT AKR Corporindo Tbk (PT AKR) bagi mengedarkan bahan kimia di seluruh Indonesia.
Menurut PCG, anak syarikatnya dan PT AKR akan me­nubuhkan syarikat usaha sama bagi tujuan tersebut.

PT AKR adalah penyedia penyelesaian rantaian bekalan bersepadu terunggul di Indonesia dan pengedar petroleum dan bahan kimia asas sektor swasta terbesar di negara itu.

PCG berkata, anak syarikatnya, Petronas Chemicals Marketing Sdn. Bhd. (PC Marketing), dan anak syarikat PT AKR, PT AKR Niaga Indonesia (PT ANI) baru-baru ini telah menandatangani perjanjian bagi memeterai usaha sama itu.

Dalam majlis itu, PC Marketing diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shakeel Ahmad Khan, manakala PT ANI diwakili dua Pengarahnya, Mery Sofi dan Nery Polim.

Majlis tersebut yang berlangsung serentak secara maya di sini dan Jakarta, disaksikan oleh Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Datuk Sazali Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Presiden PT AKR, Haryanto Adikoesoemo.

“Kerjasama itu memanfaatkan kekuatan kedua-dua buah syarikat bagi membawa nilai yang lebih besar kepada Indonesia. Pada masa yang sama, PCG dan PT AKR akan bekerjasama untuk memberikan penyelesaian pelanggan yang inovatif bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan. Metanol akan menjadi produk pertama yang diedarkan kepada pelanggan diIndonesia,” jelas PCG.

Mengulas kerjasama itu, Sazali berkata, Asia Tenggara merupakan pasaran penting bagi syarikat dan mempunyai rakan tempatan yang mapan di Indonesia dengan infrastruktur logistik dan kehadiran pasaran yang kukuh akan memboleh­kan PCG mengembangkan rangkaian serta melayani pe­langgan dengan lebih berkesan.

“Pengalaman PT AKR dalam memenuhi keperluan pasaran metanol turut memberikan perhubungan bersinergi kepada PCG. Selain mengedarkan metanol, kami juga berhasrat memperluas rangkaian kimia merangkumi produk kimia lain pada masa akan datang,” katanya.

Haryanto pula berkata, pihaknya teruja dapat bekerjasama dengan salah satu pengeluar bahan kimia bersepadu terbesar di Asia Tenggara.

“Kerjasama dengan PCG menandakan langkah penting dalam strategi pengembangan kami serta memperkukuhkan kedudukan kami sebagai salah satu pengedar petroleum dan bahan kimia utama di Indonesia. PT AKR dengan pengalaman lebih enam dekad dalam menyediakan penyelesaian logistik dan rangkaian bekalan, lengkap dengan infrastruktur seperti pelabuhan laut, pelabuhan sungai, terminal dan rangkaian pemasaran bersedia untuk menyokong usaha sama ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya