Petronas teroka konsesi Blok 18 di Oman

Petronas teroka konsesi Blok 18 di Oman

KETUA Pegawai Eksekutif Petronas Carigali International Ventures dan Naib Presiden International Assets Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman (kiri) bersama Menteri Tenaga dan Mineral Kesultanan Oman Salim Nasser Al Aufi (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif OQEP, Mahmoud Al Hashmi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas melalui anak syarikat milik penuhnya, PC Oman Ventures Ltd (PCOVL) menandatangani perjanjian konsesi dengan Kerajaan Kesultanan Oman dan OQ Exploration and Production Batinah Offshore L)LC (OQEP) sebagai rakan kongsinya untuk penerokaan minyak dan gas di Blok 18.

Menurut kenyataannya, Blok 18 ialah kawasan penerokaan luar pesisir yang besar yang terletak di Timur Laut Oman, merangkumi lebih daripada 21,000 kilometer persegi dan menawarkan potensi penerokaan sempadan yang ketara merentasi pelbagai latar geologi, dari perairan cetek hingga ultra dalam. 

Katanya, PCOVL telah aktif di Kesultanan Oman sejak 2018 dan kini memegang kepentingan penyertaan dalam Blok 61 dan setelah menandatangani perjanjian ini, PCOVL mengambil alih kendalian Blok 18 dengan kerjasama OQEP.

Kerjasama ini dibina berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Petronas dan OQEP pada Oktober 2025, menandakan peristiwa penting dalam memperkukuh perkongsian strategik antara kedua-dua syarikat dan memperkukuh kehadiran jangka panjang Petronas di Kesultanan Oman.

Kerjasama ini menyokong aspirasi Petronas untuk meningkatkan portfolio huluan yang kompetitif dengan menyelaraskan keupayaan penerokaan luar pesisirnya dengan kepakaran serantau OQEP, meletakkan asas untuk usaha sama yang saling menguntungkan.

Naib Presiden Aset Antarabangsa Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman berkata, berasaskan kekuatan dan kejayaan teknikal syarikat, Petronas terus mengembangkan aktiviti penerokaannya ke sempadan baharu.

“Melalui pendekatan penerokaan inovatif kami dan kepakaran lembangan OQEP, kami menyasarkan untuk bersama-sama membuka potensi Blok 18, menyumbang kepada keselamatan tenaga jangka panjang Oman.

“Penambahan Blok 18 sejajar dengan komitmen kami terhadap pengembangan portfolio yang berdisiplin, menyediakan pilihan strategik merentasi portfolio antarabangsa kami,” katanya.

Pada tahun 2025, Petronas mencapai beberapa penemuan penting merentasi lembangan utama, mengesahkan semula kedudukannya sebagai salah satu peneroka global terkemuka.

Kejayaan dalam kekuatan strategi penerokaan berkelompok Petronas yang membuka potensi hidrokarbon baharu dapat dilihat daripada telaga pengeluar Lebah Emas di Malaysia hingga penemuan berimpak tinggi di Blok 52 Suriname.

Sebagai rakan tenaga dan penyelesaian global, Petronas menegaskan komitmennya untuk terus merebut peluang di peringkat antarabangsa sambil memperkukuh kerjasama dengan rakan strategik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN