Pasaran saham tempatan kembali negatif 

Pasaran saham tempatan kembali negatif 

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia kembali jatuh pada sesi dagangan akhir hari ini, setelah positif pada awal pagi tadi.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.49 mata kepada 1,638.31 pada pukul 5 petang tadi, berbanding 1,639.80 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,644.04.

Jumlah dagangan sebanyak 2.61 bilion unit bernilai RM2.94 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 669 berbanding 353 dengan 442 kaunter tidak berubah dan 1,002 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, FBM KLCI dilihat menurun sedikit pada hari ini selepas data inflasi di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa risiko inflasi yang masih lagi memerlukan perhatian daripada pihak Rizab Persekutuan (Fed). 

“Justeru, penurunan kadar faedah dijangka tidak begitu agresif dan perkara ini memberi bayangan bahawa pertumbuhan ekonomi masih lagi berada dalam trajektori yang sihat. 

“Ia seolah-olah memberi kelegaan kepada kebimbangan terhadap risiko kemelesetan ekonomi di AS,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×