Tropicana Journey Collection, rumah impian berkonsep resort percutian - Utusan Malaysia

Tropicana Journey Collection, rumah impian berkonsep resort percutian

Tropicana Cenang, Langkawi menawarkan kediaman dengan konsep percutian mewah di persisiran pantai. - FOTO Tropicana
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARTANAH antara pelaburan yang menguntungkan terutamanya jika rumah berkenaan mempunyai tarikan menarik seperti lokasi strategik serta lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Antara yang menjadikan pilihan pelabur kini ialah kediaman servis kerana ia menawarkan keselesaan dan perkhidmatan ala resort yang sememangnya diimpikan kebanyakan penyewa.

Sebagai perintis dan berikutan kejayaan projek kediaman gaya resort, Tropicana memperkenalkan Tropicana Journey Collection (TJC) dengan dua projek resort berbeza sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan hartanah jangka masa panjang. 

Menyampaikan rasa penerokaan dan penemuan, TJC menawarkan pelbagai hartanah sesuai dengan tema “perjalanan” dari “kediaman di tepi bukit” sehingga “kediaman di tepi laut”.

Bertepatan juga dengan slogan mereka “simply sensational”, TJC pasti mampu mengagumkan sesiapa sahaja dengan konsep gaya hidup resort mereka.

Pelbagai kemudahan bertemakan resort

Menggunakan 4S (Strategic, Spectacular, Superior, Smart) sebagai penanda aras kejayaan, TJC berupaya menarik minat pembeli dan pelabur dengan ciri-ciri menarik yang ada pada projek mereka.

Dengan lokasi yang strategik, Tropicana Grandhill, Genting Highlands dan Tropicana Cenang, Langkawi pasti memberikan suasana dan rasa berbeza buat penghuni.

Selain terkenal sebagai destinasi pelancongan dengan jumlah pelancong tinggi, kedua-dua projek ini bakal meningkatkan permintaan penginapan dengan adanya rancangan pembangunan akan datang.

Kedua-dua projek pembangunan bersepadu ini menawarkan unit lengkap dengan perabot, kemudahan bertemakan resort, perkhidmatan bertaraf hotel serta pengurusan harta profesional untuk kesenangan pemilik.

Dengan tawaran terhad, kedua-dua projek ini berpotensi mendapat permintaan sewaan tinggi ditambah pula dengan adanya pusat komersial untuk kemudahan urusan harian penduduk.

Selain itu, terdapat juga pusat kesihatan dan pusat pendidikan khusus di Tropicana Grandhill manakala Tropicana Cenang pula mempunyai hotel mewah antarabangsa bertaraf lima bintang yang menjadi nilai tambah bagi destinasi percutian yang terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara. 

Tropicana Grandhill, Genting Highlands

Berkeluasan 112 ekar, Tropicana Grandhill di Genting Highlands merupakan mercu tanda berwawasan bagi memenuhi kehidupan holistik yang meliputi keindahan alam. 

Direka berpaksikan enam asas utama iaitu ‘Residential’, ‘Commercial’, ‘Wellness’, ‘Education’, ‘Park’ dan ‘Silver Hair’, Tropicana Grandhill sesuai didiami sesiapa sahaja dari pelbagai lapisan usia.

Dengan hanya 40 minit jarak pemanduan dari Kuala Lumpur dan 20 minit dari puncak Genting Highlands ke Tropicana Grandhill, ia bakal menjadi pilihan pencinta alam semulajadi sebagai lokasi kediaman.

Merupakan pembangunan kediaman pertama Tropicana Grandhill, fasa pertama TwinPines Serviced Suites mempunyai sejumlah 1,443 unit dengan 795 unit di Menara A dan 648 unit di Menara B.

Setiap unit mempunyai keluasan antara 379 kaki persegi bagi unit studio sehingga 1,330 kaki persegi buat unit empat bilik tidur lengkap dengan perabot dan sedia untuk diduduki. 

Rakyat Malaysia boleh memiliki kediaman di TwinPines Serviced Suites bermula dari RM397,000. 

Menariknya lagi, projek ini turut dilengkapi kolam renang dengan pemanas, gimnasium, dapur gourmet dan banyak lagi untuk kegunaan penghuni.

Antara servis lain yang ditawarkan adalah mengemas, penyambut tetamu, tempahan, lobi khas untuk tetamu serta program penjagaan rumah kosong.

Tropicana Cenang, Langkawi

Terletak di lokasi strategik Pulau Langkawi, pembangunan pinggir laut premium Tropicana Cenang seluas 5.28 ekar ini terdiri daripada kediaman, peruncitan dan hotel antarabangsa mewah bertaraf lima bintang.

Projek ini bakal menjadi mercu tanda baharu Pulau Langkawi selain dapat meningkatkan taraf kehidupan penduduk di pulau lagenda tersebut.

Di fasa pertama Tropicana Cenang, Assana Serviced Suites, penduduk setiap unit dapat menikmati gaya hidup percutian pinggir laut dengan pemandangan samudera indah di rumah sendiri.

Projek ini juga dilengkapi kolam renang infiniti yang menghadap laut, menjadikan Assana Serviced Suites kediaman percutian sempurna untuk bersantai dan berehat.

Selain itu, Assana Serviced Suites turut menawarkan banyak pilihan bermula dari unit studio sehingga unit dua, tiga, dan empat bilik tidur.

Dengan 831 unit seluas 380 sehingga 1,310 kaki persegi, rakyat Malaysia boleh mendapatkan kediaman di Tropicana Cenang bermula dari RM457,000.

Berpotensi tinggi menjana pendapatan projek ini sesuai sama ada dijadikan kediaman peribadi, disewakan mahupun sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Sebagai unit pegangan bebas yang dilengkapi perabot, kemudahan premium, pengurusan harta profesional dan terletak di lokasi pelancongan popular, kedua-dua projek ini akan terus menghasilkan permintaan penginapan yang tinggi buat pemilik.

Daftarkan minat anda untuk memiliki sebuah kediaman servis di Tropicana Grandhill atau Tropicana Cenang hari ini.

 Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Tropicana Journey Collection sekarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.