Bursa umum enam penambahan syarikat dalam indeks FTSE4Good - Utusan Malaysia

Bursa umum enam penambahan syarikat dalam indeks FTSE4Good

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) mengumumkan tambahan enam syarikat dalam Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM).

Enam syarikat tersebut adalah DKSH Holdings (M), Heineken Malaysia, Mah Sing Group, MNRB Holdings, Pos Malaysia dan Unisem (M).

Bagaimanapun, dalam kajian semi tahunan tersebut, Bursa Malaysia dalam kenyataan turut memaklumkan empat syarikat yang dinyahsenarai daripada indeks iaitu George Kent (M), IOI Properties Group, KLCC PROP & REITS – Stapled Sec dan Top Glove Corporation.

“Indeks F4GBM mengukur prestasi syarikat-syarikat tersenarai awam (PLC) yang menunjukkan amalan Persekitaran serta Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang kuat. Indeks telah dilancarkan pada Disember 2014 dengan jumlah 24 konstituen.

“Jumlah konstituen itu meningkat sehingga 75 (+213 peratus) dalam tinjauan indeks terakhir pada Disember 2020. Bilangan konstituen hingga Februari 2021 adalah 74, selepas Chemical Company of Malaysia Bhd. disingkirkan.

“Konstituen Indeks F4GBM dipilih daripada syarikat-syarikat dalam Indeks EMAS FTSE Bursa Malaysia yang terdiri daripada PLC segmen kecil, sederhana dan besar,” tambah kenyataan itu.

Indeks dikaji semula pada Jun dan Disember berbanding penanda aras antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.