KUALA LUMPUR: Harga minyak meningkat susulan Doha, ibu negara Qatar, menjadi sasaran serangan udara oleh Israel dengan alasan menyerang pemimpin Hamas. Setakat pagi ini, harga minyak mentah Brent naik 0.56 peratus kepada AS$66.39 setong, manakala minyak mentah WTI mencatat kenaikan 0.54 peratus kepada AS$62.97 setong. Ketua Analisis Geopolitik Rystad Energy, Jorge Leon, menyifatkan tindakan Israel itu sebagai satu lagi langkah yang memburukkan ketegangan di Asia barat. Beliau menjelaskan risiko penularan…