TIKUS mungkin bukan haiwan paling popular di dunia, tetapi Ronin berjaya mengubah persepsi itu dengan keupayaannya ‘menghidu’ bahaya periuk api dan menyelamatkan banyak nyawa. Ronin, seekor tikus spesies African giant pouched, kini menjadi bintang dalam pasukan haiwan pengesan bom yang sedang melindungi orang awam daripada ancaman tersembunyi di bawah tanah. Baru-baru ini, Ronin mencatat rekod dunia sebagai tikus yang paling banyak mengesan periuk api, menurut Guinness World Records. Antara Ogos…










