BUAT pertama kalinya, kawasan di luar bumi iaitu bulan disenaraikan sebagai tapak bersejarah yang terancam oleh Dana Monumen Dunia (WMF). Badan organisasi bukan keuntungan antarabangsa itu mendedahkan 25 tapak warisan yang berisiko terdedah bahaya setiap dua tahun. Dana itu memasukkan Bulan dalam Senarai Pantauan 2025 kerana kemunculan zaman angkasa baharu yang mencatatkan 90 tapak bersejarah berkaitan dengan kehadiran manusia di atas permukaannya. Tapak-tapak ini termasuk Pangkalan Tranquility di mana manusia…










