SIAPA sangka bermula sejak 1917, sebuah kilang yang mengeluarkan radiator besi tuang bagi proses pemanasan di peringkat domestik di Gava, Barcelona, kini masih mampu kekal bertahan.
Usianya kini sudah menjengah 100 tahun sekali gus menunjukkan nama barangan keperluan tandas ini terus dipercayai dan diyakini di seluruh dunia.
Selain menghasilkan radiator besi tuang pertama, laman web rasmi Roca menjelaskan pihaknya melengkapkan katalognya dengan pengeluaran dandang.
Pada 1929, Roca memasuki pasaran sektor bilik mandi dengan pembuatan alat dan kelengkapan mandian.
Sentiasa menyedari perubahan dalam masyarakat berkaitan penggunaan air, yang menjadi sumber semula jadi utama syarikat, pada 1936, Roca menghadapi cabaran untuk menghasilkan vitreous
China dan memulakan pembuatan faucet (paip air) pada 1954.

Pada 1990-an, jenama ini menjalankan fasa pengembangan antarabangsa yang pertama, terutamanya berdasarkan pembukaan anak-anak syarikat dan pemeteraian perjanjian dengan syarikat terkemuka dalam pasaran mereka.
Selain Portugal dan Perancis, jenama komersial ini mula berkembang ke United Kingdom, Jerman, Itali, Maghribi, Argentina, Brazil dan China, termasuk Malaysia.
Titik perubahan dalam proses pengantarabangsaan muncul pada 1999 selepas pengambilalihan kumpulan Swiss, Keramik Holding Laufen, pengeluar peralatan sanitari vitreous China terbesar keempat di dunia.
Pembelian Laufen membenarkan pihak syarikat untuk menyatukan kehadirannya dalam pasaran strategik di negara yang kurang permintaan, terutamanya di Eropah Timur, Brazil dan Amerika Syarikat.
Pada 2005, Roca mengumumkan pelan strategik bercita-cita tinggi yang tertumpu pada sektor ruang bilik mandi, dan berhasrat dikenali seluruh dunia dalam sektor itu pada 2006.
Hari ini, rangkaian komersial Roca menjangkau lebih 170 negara, pembuatannya dibekalkan oleh 79 kilang pengeluaran dan lebih 21,000 pekerja berdedikasi di seluruh dunia.
KEKAL UTUH
Pada masa kini, Roca terus menjadi syarikat Sepanyol 100 peratus yang terlibat dalam penciptaan ruang bilik mandi, sebuah perniagaan yang menjadi penanda aras global.
Pencapaian dimensi ini merupakan satu sumber kebanggaan, hampir sama pentingnya dengan menjadi antara jenama yang paling terkenal, bernilai dan bersepadu dalam imaginasi masyarakat Sepanyol selama beberapa dekad.
Untuk melangkah lebih jauh dalam komitmennya kepada masyarakat, Galeri Roca Barcelona, sebuah bangunan utama yang menyediakan pengalaman jenama, dibuka pada 2009, diikuti oleh Galeri di Madrid, Lisbon, London, Shanghai dan Beijing.
Galeri itu menjadi ruang untuk berinteraksi dengan elemen rekaan Roca, produk dan nilainya, yang juga menganjurkan aktiviti kebudayaan, pameran, persidangan dan perbahasan yang berkaitan dengan topik seperti reka bentuk, kelestarian atau seni bina.
Peristiwa yang menjadi bukti minat Roca untuk bergerak maju seiring dengan masyarakat untuk beberapa tahun lagi. – UTUSAN










