Pokemon: naga biru, siput cantik yang berbahaya

Pokemon ajaib: naga biru, siput cantik yang berbahaya

NAGA biru mempunyai warna menarik yang membuatkan pengunjung pantai sering tertarik untuk menyentuhnya. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBANYAKAN kawasan pantai di barat dipenuhi ‘naga biru’ yang cantik dan comel seakan Pokemon ajaib.

Namun pakar memberi amaran kepada pelancong supaya menjauhkan diri daripada jenis siput laut berkenaan.

Ramai pleancong diberi amaran naga biru toksik seperti Pokemon itu sedang terdampar di pantai Texas.

Lautan diketahui penuh dengan makhluk misteri kebanyakannya tidak pernah dilihat oleh manusia termasuk naga biru atau nama saintifiknya, Glaucus atlanticus.

Siput laut itu merupakan salah satu spesies aneh dengan warna yang sangat menarik namun kemunculannya boleh mencetus bahaya besar.

Naga biru tiba di Texas bukan secara kebetulan, tetapi kerana siput laut itu cenderung mengikuti arus secara literal.

Ahli Biologi Marin berpangkalan di Texas yang juga pengasas Persatuan Pemuliharaan MarineBio, David Campbell berkata, fenomena itu berlaku kerana sifat semula jadinya yang tidak begitu kuat.

“Siput ini adalah perenang yang sangat lemah dan pergi ke mana angin dan arus membawa mereka.

“Ke mana sahaja makhluk biru ini pergi, mereka terapung di sana secara terbalik,” jelasnya.

Beberapa organisasi di Texas seperti Institut Penyelidikan Harte yang berdedikasi untuk pemuliharaan Teluk Mexico mengeluarkan notis amaran kepada pengunjung pantai supaya tidak tertipu dengan rupanya yang menawan.

Ahli Biologi Marin Texas, A&M University-Corpus Christi dan Pengarah Penglibatan Komuniti Harte, Jace Tunnell turut memuat naik amaran tidak mendekati atau menyentuh siput itu dalam catatan di Facebook.

“Angin musim bunga menjadi punca spesies tertentu, seperti blue buttons atau makhluk seperti obor-obor dan naga biru yang jarang dilihat ini tiba ke pantai.

“Mereka biasanya hanya 2.54 sentimeter panjang, dan memakan toksin spesies yang lebih besar seperti obor-obor yang mempunyai sesungut sekitar 9.14 meter,” jelas Tunnel.

Beliau berkata, siput berkenaan memakan sesungut haiwan seperti obor-obor dan menelan bisanya supaya boleh mengeluarkan bahan itu semula untuk menyengat mangsanya jika merasa terancam.

“Itulah yang menjadikan mereka sangat berbahaya. Spesies siput ini boleh melepaskan sel-sel yang menyengat pada satu masa. Ia boleh menjadi tiga kali ganda lebih menyakitkan daripada sengatan obor-obor.

Tunnel malah berkongsi pengalaman menyakitkan terkena sengatan naga biru itu ketika zaman kanak-kanaknya.

“Saya pernah memijak seekor naga biru di pantai di Australia ketika masih kecil dan bapa saya juga masih mempunyai parut di tangannya kerana cuba membantu saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×