Bekalan gas Malaysia dijamin susulan penutupan paip Songkhla - Utusan Malaysia

Bekalan gas Malaysia dijamin susulan penutupan paip Songkhla

GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas mengambil langkah proaktif bagi memastikan kesinambungan bekalan gas kepada pelanggan di Malaysia susulan penutupan sementara Saluran Paip Eksport Songkhla oleh Trans Thai-Malaysia (Thailand) Limited (TTM).

TTM, usaha sama antara PTT dan Petronas, memulakan penutupan sementara saluran paip berkenaan selepas mengenal pasti satu isu ketika pemeriksaan rutin.

Menurut Petronas, langkah itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi integriti saluran paip selain memastikan operasi dapat dijalankan dengan selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menyedari kesan yang mungkin berlaku terhadap bekalan gas kepada pelanggan di Malaysia dan Thailand, dan langkah proaktif sedang diambil bagi memastikan kesinambungan bekalan kepada pelanggan di Malaysia.

“Rangkaian bekalan bersepadu Pertronas memberikan fleksibiliti untuk mengekalkan bekalan, manakala syarikat bekerjasama rapat dengan rakan kongsi serta pelanggan bagi memastikan kestabilan sistem,” katanya dalam kenyataan.

Petronas berkata, operasi saluran paip berkenaan hanya akan disambung semula selepas disahkan selamat untuk beroperasi.

Dalam pada itu, syarikat minyak dan gas nasional itu menegaskan komitmennya untuk mengekalkan standard keselamatan dan integriti operasi tertinggi, pada masa sama memastikan kebolehpercayaan bekalan kepada pelanggan domestik.

“Langkah itu, penting dalam menyokong keselamatan tenaga Malaysia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×