Kumpulan UEM anugerah kontrak bernilai RM5.5 bilion kepada bumiputera

Kumpulan UEM anugerah kontrak bernilai RM5.5 bilion kepada bumiputera

UEM
Amran Hafiz Affifudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UEM Group Berhad (UEM Group) dan anak-anak syarikatnya telah membelanjakan sejumlah RM5.5 bilion bagi mendapatkan perolehan daripada vendor dan pembekal Bumiputera di antara tahun 2023 dan 2025.

Sepanjang tempoh itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) selaku sayap pengendali lebuh raya dan UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) selaku sayap pengurusan aset dan fasiliti, di bawah UEM Group, masing-masing telah memperuntukkan sejumlah 90 peratus dan 49 peratus daripada jumlah perolehan mereka kepada syarikat Bumiputera.

Komitmen ini menjadi pemangkin utama pertumbuhan bagi lebih 5,000 syarikat Bumiputera yang terlibat, menggalakkan penyertaan mereka dalam projek bernilai tinggi dalam sektor infrastruktur dan berasaskan kejuruteraan.

Usaha UEM Group, yang merupakan anak syarikat milik penuh dan sayap infrastruktur utama Khazanah Nasional Berhad, ini memastikan nilai ekonomi yang dijana daripada projek pembangunan negara kekal dalam ekosistem tempatan, sekali gus memacu pertumbuhan dan penskalaan syarikat-syarikat milik Bumiputera.

Selain daripada perbelanjaan perolehan ini, UEM Group turut membimbing vendor Bumiputera menerusi pelaksanaan berterusan Program Pembangunan Vendor Bumiputera (VDP) oleh rangkaian anak syarikatnya, termasuklah PLUS, UEM Edgenta, UEM Sunrise Berhad, dan Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA).

Inisiatif berstruktur ini bukan sekadar penganugerahan kontrak semata-mata, bahkan ia juga menyediakan sokongan komprehensif dalam bidang pembangunan perniagaan, pengurusan kewangan, dan pembinaan keupayaan teknikal.

Program VDP ini dirangka untuk mengembangkan lagi keupayaan vendor yang terlibat, melengkapkan mereka dengan kemahiran teknikal yang diperlukan untuk bersaing dalam lanskap yang kian berubah, dan meneroka peluang komersial lain di luar Kumpulan UEM Group.

Dengan mengadunkan strategi pemerkasaan Bumiputera ke dalam teras operasinya, UEM Group dan anak-anak syarikatnya memperkukuh penyertaan ekonomi Bumiputera, membolehkan mereka bersaing secara lebih saksama, meningkatkan status sosioekonomi golongan Bumiputera dan menterjemahkan dasar kebangsaan iaitu Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) kepada hasil komersial yang bernilai.

Menurut Pengarah Urusan UEM Group, Datuk Amran Hafiz Affifudin, perbelanjaan sejumlah RM5.5 bilion ini merupakan pelaburan penting bagi membangunkan daya tahan jangka panjang ekonomi negara,

“Menerusi penglibatan lebih 5,000 vendor Bumiputera dalam operasi harian kami – merentasi pengurusan lebuh raya, perkhidmatan aset dan fasiliti, pembangunan hartanah, dan bekalan bahan binaan – ini secara langsung membangunkan rangkaian usahawan mahir dan berdaya saing, yang membantu mengurangkan risiko kepada ekonomi Malaysia.”

“Tatkala UEM Group terus berkembang dan memainkan peranan dalam projek infrastruktur yang lebih rumit, kita perlu memastikan rantaian bekalan tempatan berkembang seiring dengan tuntutan tersebut.

“Ini akan memastikan pulangan daripada pembangunan Malaysia dikongsi secara saksama, meletakkan asas berdikari dan kecemerlangan yang akan meningkatkan lagi nilai ekosistem tempatan di samping memastikan ekonomi negara terus berkembang di masa hadapan.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×