PETALING JAYA: Johor Plantations Group Bhd (JPG) dijangka meningkatkan tahap pengeluaran dan hasil pendapatannya pada masa hadapan menerusi pelaksanaan amalan agronomi unggul serta pengurusan ladang yang lebih berdisiplin, menurut CIMB Securities. Firma pembrokeran berkata, JPG yang memiliki kira-kira 55,723 hektar ladang kelapa sawit, kebanyakannya di Johor merancang mempercepatkan program penanaman semula bagi meningkatkan hasil produk sawit pada masa depan. “Selain itu, kumpulan turut merancang meningkatkan sumber luaran tandan buah segar…










