Sun Life Malaysia Takaful peruntuk RM80 juta tawar manfaat wakaf menerusi MySinarKasih

Sun Life Malaysia Takaful peruntuk RM80 juta tawar manfaat wakaf menerusi MySinarKasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING: Sun Life Malaysia Takaful Berhad (SLMT) melancarkan MySinarKasih yang menawarkan wakaf percuma berjumlah RM80 juta kepada 10,000 pelanggan muslim yang layak.

Inisiatif yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana itu bakal memberikan manfaat wakaf bernilai RM8,000 kepada setiap individu. 

Ketua Pegawai Eksekutif SLMT, Azam Yusof berkata, inisiatif itu untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menggabungkan perlindungan kewangan dengan legasi kebaikan yang berpanjangan sempena Bulan Wakaf Kebangsaan 2026.

“Manfaat bernilai RM8,000 tersebut akan disalurkan kepada Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) sekiranya berlaku kematian dalam tempoh satu tahun dari tarikh permulaan sijil perlindungan. 

“Sebagai pilihan alternatif, pelanggan turut berpeluang menukar manfaat tersebut kepada Badal Haji dengan nilai yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azam berkata, wakaf itu membantu pelanggan melindungi keluarga tersayang sambil menunaikan niat berasaskan keimanan secara tersusun dan diyakini. 

“Ini mencerminkan semangat sebenar memperkukuh daya tahan kewangan sambil mewujudkan impak berkekalan kepada komuniti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr. Ridzwan Bakar berkata, sebarang dana yang diterima oleh yayasan tersebut melalui inisiatif MySinarKasih akan disalurkan kepada program di bawah sektor 1H3E. 

“Sektor itu merangkumi inisiatif dalam bidang kesihatan, pendidikan, alam sekitar dan pemerkasaan ekonomi.

“SLMT telah mula mengintegrasikan ciri wakaf terbina dalam menerusi pelbagai pelan takaful keluarganya sejak 2017. 

“Syarikat itu telah berjaya menyalurkan lebih RM390,000 kepada YWM hasil daripada sumbangan 1,973 pelanggan yang bertindak sebagai pewakaf,” katanya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN