Melix tembusi 108 cawangan Guardian Malaysia

Melix tembusi 108 cawangan Guardian Malaysia

JOANNE Ng (tiga dari kiri) bersama pengurusan Melix dan Guardian di The Exchange TRX hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenama penjagaan rambut tempatan, Melix menembusi 108 cawangan Guardian Malaysia di seluruh negara. 

Pengarah Komersial Guardian Malaysia, Tiffany Choo berkata, kehadiran Melix di Guardian membuktikan penyelidikan dan pembuatan tempatan kini diiktiraf dalam pasaran penjagaan rambut arus perdana yang lazimnya didominasi jenama antarabangsa. 

“Produk ini menangani masalah sebenar seperti keguguran rambut, sensitiviti, dan kelemumur dengan kejituan dan penjagaan yang lebih tinggi.

“Kami melihat ini bukan sekadar inovasi produk tetapi sebagai anjakan tingkah laku mengenai cara pengguna mendekati penjagaan diri,” katanya pada Majlis Pelancaran Melix di Guardian di sini hari ini.

Menurutnya, Melix memfokuskan usaha membangunkan penyelesaian yang direka khusus untuk memenuhi keperluan jenis rambut dan kulit kepala masyarakat Asia selama lebih sepuluh tahun.

“Dibina dengan formulasi yang stabil serta prestasi penggunaan harian yang lembut, jenama ini berjaya membina kesetiaan pelanggan yang kukuh, di samping kadar pembelian semula yang konsisten.

“Kesemua produk Melix dikilang di dalam negara dan sentiasa menekankan aspek keselamatan, penyaman kulit kepala jangka panjang, serta rumusan yang direka khas agar sesuai dengan iklim tropika di Malaysia.

“Melix melebarkan sayapnya ke pasaran serantau termasuk Singapura, China, Taiwan, Australia, dan Filipina, sekali gus membina jejak antarabangsa secara berterusan,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Melix, Joanne Ng berkata, sub jenama saintifiknya iaitu Melix Lab mencipta kejayaan inovasi yang direka untuk penjagaan kulit kepala berstruktur. 

“Produk PRIME 01: SoftPrep Scalp Priming Essence, memperkenalkan konsep pengelupasan prapenggunaan syampu. 

“Konsep ini merombak kaedah cucian rambut dengan menjadikan fasa persediaan kulit kepala sebagai langkah pertama yang sebenar sebelum proses pembersihan,” katanya.

Joanne berkata, produk itu menerima pengiktirafan ASIA Records sebagai rawatan penulenan kulit kepala dua lapisan pertama yang diuji secara dermatologi. 

“Ia dirumus khas dengan kandungan AHA + PHA serta direka untuk kegunaan sebelum bersyampu bagi menyingkirkan pengumpulan kotoran di kulit kepala dengan lembut.

“Pengiktirafan ini melakar satu sejarah penting bagi jenama tempatan yang mencerminkan sumbangan meluasnya terhadap inovasi dalam kategori penjagaan kulit kepala di peringkat serantau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN