PETALING JAYA: Permintaan terhadap pembangunan industri di projek Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) terus positif apabila MVV TechValley muncul sebagai antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi baharu di Negeri Sembilan. Pengarah Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts Holdings Berhad. (Matrix Concepts), Kelvin Lee Chin Chuan berkata, permintaan tinggi bagi fasa kilang Semi-D ini menunjukkan peningkatan keperluan terhadap pembangunan industri yang dirancang rapi dalam Malaysia Vision Valley. “Perniagaan masa kini tidak lagi hanya…










