Huawei MatePad untuk segmen produktiviti mudah alih

Huawei MatePad Mini, Watch GT Runner 2 untuk segmen produktiviti mudah alih

MATEPAD Mini diperkenalkan sebagai tablet kompak setebal 5.2 mm dengan berat kira-kira 260 gram.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HUAWEI Malaysia memperkenalkan dua peranti baharu iaitu MatePad Mini dan Watch GT Runner 2, masing-masing direka untuk segmen produktiviti mudah alih dan pemantauan prestasi sukan berasaskan teknologi pintar.

MatePad Mini diperkenalkan sebagai tablet kompak berkonsep ‘All-in-Mini’ yang menggabungkan prestasi, fleksibiliti dan pengalaman imersif dalam saiz kecil. 

Peranti ini hanya setebal 5.2 milimeter (mm) dengan berat kira-kira 260 gram, namun masih mengekalkan fungsi produktiviti penuh untuk kerja, hiburan dan bacaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tablet tersebut dilengkapi skrin 8.8 inci Flexible OLED PaperMatte dengan resolusi 2.5K, kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak 1800 nits. 

Ia juga menyokong gamut warna P3 dan nisbah skrin-ke-badan 92 peratus, selain teknologi Huawei X-True Display dan PaperMatte Display bagi mengurangkan silau serta meningkatkan keselesaan mata.

Selain itu, skrin OLED fleksibel ini menggabungkan paparan Huawei X-True Display dengan teknologi perlindungan mata Huawei PaperMatte Display bagi mengurangkan silau dan memberikan pengalaman visual yang lebih selesa.

Dibangukan dalam ekosistem Huawei, MatePad Mini turut menyokong penggunaan stylus Huawei M-Pencil Pro yang menawarkan ciri seperti tulisan tangan dipertingkat, butang pintasan aplikasi serta gerak isyarat pintar. 

Peranti ini turut hadir dengan kamera utama 50 megapixel (MP), kamera hadapan 32 MP, bateri 6400 mAh serta pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge.

Huawei menetapkan harga MatePad Mini pada RM2,199, manakala pra tempahan menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM2,014 termasuk aksesori, perkhidmatan tambahan dan waranti.

Sementara itu, Watch GT Runner 2 pula memberi fokus kepada prestasi larian melalui konsep ‘Aesthetic of Speed’. 

Jam pintar ini dilengkapi sistem penjejakan Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS) berbilang sistem, algoritma penentu dudukan X-DR serta antena 3D floating bagi meningkatkan ketepatan walaupun dalam persekitaran mencabar seperti kawasan bandar atau laluan tertutup.

Watch GT Runner 2 direka untuk meningkatkan prestasi larian melalui penjejakan tepat, analisis pintar dan reka bentuk ringan khusus untuk kelajuan dan daya tahan.

Ia turut menampilkan antena 3D floating yang menggabungkan rangka tengah logam, bezel dielektrik dan bezel titanium bagi mengoptimumkan kecekapan tenaga, penerimaan isyarat serta prestasi konsisten dalam persekitaran mencabar seperti bangunan tinggi, terowong dan laluan berbumbung.

Ini diperkukuh dengan algoritma penentu dudukan pintar X-DR yang memastikan penjejakan laluan berterusan walaupun berlaku gangguan isyarat.

Antara ciri utama ialah Intelligent Marathon Mode yang dibangunkan bersama pasukan larian profesional, termasuk panduan latihan peribadi, pemantauan rentak masa nyata serta analisis prestasi selepas larian. 

Ia turut menawarkan metrik lanjutan seperti Running Ability Index, analisis kuasa larian dan pengesanan ambang laktat.

Bagi pelari harian, ini bermakna pengalaman latihan yang lebih tersusun dan diperibadikan, termasuk pemantauan daya tahan, rentak masa nyata serta cadangan penambahbaikan berdasarkan prestasi.

Dari segi reka bentuk, ia diperbuat daripada aloi titanium gred aeroangkasa dengan berat hanya 34.5 gram serta binaan tahan lasak yang kalis air, sesuai untuk pelbagai keadaan seperti peluh, hujan dan impak harian.

Huawei menetapkan harga Watch GT Runner 2 pada RM1,499 dan ia boleh didapati di HUAWEI Experience Stores, platform e-dagang rasmi serta kedai dalam talian jenama tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini