PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup rendah pada penutup dagangan hari ini, mencerminkan sentimen berhati-hati dalam kalangan pelabur susulan ketidaktentuan pasaran serantau dan global.
Pasaran saham tempatan turun 2.80 mata kepada 1,695.50 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,708.90 pada Khamis.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,704.12.
Jumlah dagangan sebanyak 3.382 bilion unit bernilai RM2.94 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 633 berbanding 415 dengan 522 kaunter tidak berubah dan 1,077 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun naik 660.22 mata atau 0.27 peratus kepada 53,123.49 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, STI Singapura turun 0.57 peratus kepada 4,947.5 manakala indeks KOSPI Korea Selatan naik 143.25 mata atau 2.74 peratus kepada 5,377.30.-UTUSAN










