PETALING JAYA:Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini dengan prestasi lebih kukuh, disokong sentimen positif serantau.
FTSE KLCI Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 3.16 mata kepada 1,689.40 pada 9.07 pagi hari ini, berbanding 1,686.24 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,691.47.
Jumlah dagangan sebanyak 121.57 juta unit bernilai RM62.24 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 203 berbanding 103 dengan 234 kaunter tidak berubah dan 2,169 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun naik 827.28 mata atau 1.48 peratus kepada 56,722.60 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, STI Singapura menaik 0.05 peratus kepada 4,979.39 dan indeks KOSPI Korea Selatan naik 103.67 mata atau 1.79 peratus kepada 5,881.68. – UTUSAN










