PRISM+ PureFresh FDR 580 pelengkap dapur moden

PRISM+ PureFresh FDR 580 pelengkap dapur moden

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIKA bercakap soal dapur, peti sejuk boleh dikatakan ‘jantung’ utama ruangan ini. Justeru, kehadiran PRISM+ PureFresh FDR 580 dilihat sebagai antara pilihan menarik untuk keluarga moden yang mahukan fungsi dan gaya dalam satu masa.

Model ini dilihat bertepatan dengan keperluan isi rumah moden yang menuntut ruang penyimpanan lebih luas serta teknologi penyejukan yang cekap tenaga dan konsisten.

Dengan kapasiti keseluruhan 580 liter, PRISM+ PureFresh FDR 580 direka khusus untuk keluarga bersaiz sederhana hingga besar yang memerlukan ruang simpanan bahan mentah dan makanan sejuk beku dalam kuantiti banyak.

Ruangan yang luas itu semestinya berguna dalam musim perayaan terutamanya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba kerana ketika itulah kita akan memenuhkan peti sejuk dengan bahan mentah masakan dan sebagainya.

Reka bentuk empat pintunya juga sangat praktikal, dengan bahagian atas untuk penyejuk, bahagian bawah untuk penyejuk beku dan kedua-duanya boleh dibuka secara berasingan tanpa menjejaskan suhu keseluruhan.

Dari segi luaran, kemasan minimalis dengan tona warna moden menjadikan peti sejuk ini sesuai dipadankan dengan pelbagai konsep dapur kontemporari.

Panel hadapan yang rata serta pemegang pintu ergonomik menyerlahkan identiti elegan dan eksklusif yang sering dikaitkan dengan produk premium.

Apabila pintu di bahagian atas dibuka, rak boleh laras memberikan fleksibiliti untuk menyimpan periuk kecil, kek hari jadi atau bekas bertingkat.

Bahagian laci khas untuk sayur dan buah pula direka dengan kawalan kelembapan bagi membolehkan daun salad dan cili merah tidak cepat layu walaupun disimpan beberapa hari.

Menariknya, model ini turut dilengkapi penapis udara seramik premium yang berfungsi sebagai ciri anti bau dan antibakteria. Teknologi ini membantu meningkatkan tahap kesegaran serta kebersihan makanan yang disimpan, sekali gus mengurangkan risiko pencemaran silang dan bau kurang menyenangkan dalam ruang peti sejuk.

Lampu diod pemancar cahaya (LED) dalaman pula memberikan pencahayaan yang terang dan sekata tanpa menghasilkan haba berlebihan. Ia bukan sahaja menjimatkan tenaga, malah memudahkan pencarian bahan makanan.

Sistem penyejukan multi-aliran udara yang digunakan memastikan suhu diagihkan secara sekata ke setiap sudut ruang dalaman. Hasilnya, makanan dapat disimpan dalam keadaan optimum tanpa perbezaan suhu yang ketara.

Model ini turut dilengkapi teknologi penyongsang (inverter) yang membantu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Penyongsang pemampat beroperasi secara lebih stabil dan senyap, sesuai untuk kediaman berkonsep terbuka terutamanya rumah jenis apartmen atau studio.

Pada bahagian pintu pula, terdapat paparan kawalan suhu digital yang memudahkan pengguna menetapkan suhu yang bersesuaian. Reka bentuk panel kawalan yang jelas dan ringkas menjadikannya mesra pengguna.

Paparan tersebut turut dilengkapi fungsi kunci keselamatan (lock) yang boleh diaktifkan bagi mengelakkan sebarang perubahan tetapan suhu secara tidak sengaja. Ciri ini amat berguna khususnya bagi keluarga yang mempunyai anak kecil.

Bagi keluarga yang gemar membeli bahan mentah dalam kuantiti yang banyak, usah risau kerana peti sejuk ini mempunyai empat laci dan dua ruang terbuka yang luas.

Ia membolehkan pengguna menyusun atur barangan mentah secara sistematik tanpa mencampurkan daging, ikan dan aiskrim seperti kebanyakan peti sejuk dua pintu di pasaran.

Ciri nyahbeku automatik pula mengurangkan pembentukan ais dalam ruang pembeku, sekali gus memudahkan penyelenggaraan.

Apa yang lebih menarik, PRISM+ PureFresh FDR 580 kini ditawarkan pada harga RM2,199 dengan baucar istimewa Raya bernilai RM200, menjadikan harga selepas baucar hanya RM1,999.

Dengan harga tersebut, ia dilihat sebagai antara pilihan peti sejuk empat pintu berkapasiti besar paling mampu milik di pasaran ketika ini.

Gabungan dua pilihan warna moden iaitu hitam (matte black) dan perak (inox) dengan harga kompetitif memberi nilai tambah kepada pengguna yang mementingkan estetika serta bajet.

Secara keseluruhan, peti sejuk empat pintu 580 liter PRISM+ PureFresh FDR 580 memenuhi keperluan keluarga moden yang menitikberatkan fungsi, gaya dan kecekapan tenaga.

Ia bukan sahaja praktikal dari segi penyimpanan, malah meningkatkan penampilan dapur dengan sentuhan elegan dan kontemporari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN