Pelabur asing catat aliran masuk bersih RM411.4 juta

Pelabur asing catat aliran masuk bersih RM411.4 juta

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing menamatkan dua minggu berturut-turut aliran jualan bersih apabila mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM411.4 juta pada minggu lalu, menurut MBSB Research.

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur asing merupakan pembeli bersih pada empat daripada lima hari dagangan sepanjang minggu tersebut. 

“Aliran masuk terbesar direkodkan pada Isnin (RM271.1 juta), diikuti Jumaat (RM192.3 juta), Khamis (RM158.6 juta) dan Selasa (RM13.1 juta). Satu-satunya aliran keluar berlaku pada Rabu (RM223.7 juta).

“Tiga sektor utama yang mencatat aliran masuk bersih pelabur asing ialah pengangkutan dan logistik (RM207.3 juta), penjagaan kesihatan (RM183.0 juta) dan produk dan perkhidmatan perindustrian (RM180.0 juta),” katanya dalam Laporan Aliran Dana minggu berakhir 6 Mac 2026.

Sementara itu, tiga sektor yang mencatat aliran keluar bersih pelabur asing ialah telekomunikasi dan media (RM88.5 juta), perladangan (RM87.8 juta) dan hartanah (RM62.0 juta).

“Institusi tempatan mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM408.3 juta, menjadikannya minggu kelima berturut-turut jualan bersih.

“Pelabur runcit tempatan pula bertukar menjadi penjual bersih pada minggu tersebut, sekali gus menamatkan dua minggu berturut-turut pembelian bersih, dengan aliran keluar bersih RM3.1 juta

“Purata jumlah dagangan harian (ADTV) menunjukkan peningkatan secara menyeluruh pelabur runcit tempatan sebanyak 18.9 peratus, institusi tempatan (18.3 peratus) dan pelabur asing turun 14.6 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN